Kali Pertama 12 ‘Abang Sado’ Tempatan Bertanding Fitness! Atlet, Pelakon & Doktor Antara Peserta Who’s Your Bro
Kebiasaannya, program realiti televisyen di Malaysia berkisarkan kepada pencarian bakat hiburan, kecantikan mahupun skil kreatif seperti memasak dan menari. Namun kali ini, sesuatu berlainan bakal menemui korang!
Buat julung kalinya, Astro dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd menerusi jenama Maskulin muncul dengan program realiti televisyen berkonsep fitness, Maskulin Who’s Your Bro dengan menampilkan 12 jejaka sado lagi kekar bertanding bagi mencari siapakah yang paling gagah di antara mereka.
Menariknya, bukan semuanya terdiri daripada ahli gimnasium, pelatih peribadi (personal trainer) ataupun atlet. Turut serta ialah pelakon, model, doktor, pempengaruh dan usahawan yang mementingkan penjagaan fizikal dalam gaya hidup mereka.
View this post on Instagram
Menerusi sepuluh episod yang bakal ditayangkan, penonton akan disajikan dengan kandungan yang mencerminkan nilai maskuliniti dalam hubungan persaudaraan lelaki ataupun dalam bahasa modennya, ‘bromance’.
Biarpun ada emosi yang tercalar dan ketahanan diri yang tercabar, kesemua 12 peserta tetap mencerminkan keberanian serta daya saing sihat yang sememangnya memberi inspirasi kepada korang yang menonton.
Terdahulu jika korang masih ingat, Maskulin pernah muncul dengan Pencarian Lelaki Maskulin. Seiring dengan perubahan zaman dan kehendak penonton masa ini, Maskulin Who’s Your Bro mencipta satu lagi dimensi baharu dalam sejarah 24 tahun wujudnya jenama majalah Maskulin itu sendiri.
Haa, nak tahu tak siapa pesertanya? Nah! Siapakah antara mereka ini menjadi peserta kegemaran korang?
Saddam Pittli (31 Tahun)
Pemenang pingat perak dan gangsa Sukan SEA dan merupakan seorang ahli tentera.
View this post on Instagram
Chee Wai (30 Tahun)
Pemilik pusat kecergasan di ibu kota.
View this post on Instagram
Irwan Kamaruddin (28 Tahun)
Jurulatih peribadi.
View this post on Instagram
Hakimi Noordin (24 Tahun)
Model.
View this post on Instagram
Theeban Govindasamy (34 Tahun)
Atlet seni bela diri, juara MMA Malaysia dan pelakon filem tempatan.
View this post on Instagram
Asyraf Noor Hisham (35 Tahun)
Atlet bina badan dan kecergasan serta bergelar kontraktor.
View this post on Instagram
Ikmal Amry (30 Tahun)
Pelakon.
View this post on Instagram
Faidzal Ali (39 Tahun)
Pemilik restoran nasi lemak keluarga.
View this post on Instagram
Kelvin Teo (31 Tahun)
Pencipta kandungan (content creator) dan jurulatih peribadi.
View this post on Instagram
Syafiq Farhan (25 Tahun)
Penghantar barang (courier).
View this post on Instagram
Dr Shazif Othman (37 Tahun)
Doktor dan juurlatih peribadi.
View this post on Instagram
Nad a.k.a Muzzakhir Khairuddin (35 Tahun)
Atlet Bina Badan dan pemain ragbi.
View this post on Instagram
Biarpun hadir tanpa seorang pengacara tetap, Maskulin Who’s Your Bro diserikan dengan kehadiran empat orang commentator yang akan memberi ulasan mengikut kepakaran masing-masing dalam setiap episod.
Mereka terdiri daripada Dr Say Shazril, Mat Redho, Hariz Hamdan dan Siti Khadijah Halim.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Jangan lupa untuk menonton persaingan 12 peserta ini menerusi sepuluh buah episod program realiti Maskulin Who’s Your Bro bagi melihatkan siapakah di antara mereka yang akan memenangi hadiah utama berupa RM30,000 bagi duo terbaik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
The post Kali Pertama 12 ‘Abang Sado’ Tempatan Bertanding Fitness! Atlet, Pelakon & Doktor Antara Peserta Who’s Your Bro appeared first on REMAJA.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source