Kiah Propa sedih, kesihatan suami kian merosot
Pelakon Kiah Propa sedih apabila melihat perkembangan kesihatan suaminya, Mohamad Nazri Ismail yang kian merosot.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil di laman Instagramnya, dia memberitahu sel kanser sudah merebak ke bahagian ketiak dan paru-paru.
Jelasnya, keadaan tersebut menyebabkan proses pembedahan tidak dapat dilakukan dan rawatan kimoterapi hanya mampu menidurkan sel kanser.
Kiah Propa sedih
“Aku sedih sangat hari ini (Rabu) doktor cakap sel kanser suami dah merebak ke paru-paru dan bawah ketiak. Aku sedih sangat tapi dia steady.
“Pembedahan tidak boleh dilakukan disebabkan sel kanser sudah terlalu banyak di semua saraf utama di leher, bawah ketiak dan mula masuk ke bahagian paru-paru.
“Untuk kimoterapi pula sel kanser ini tidak sensitif, pendek kata rawatan ini hanya menidurkan sel sahaja,” katanya.
Artikel lain: Hampir tak kenal! Ustaz Kazim Elias terjebak gaya Old Money bikin netizen dekah
Kiah Propa sedih
Dalam pada itu, Kiah berharap dia dan keluarga mampu mengharungi dugaan ini dan suaminya dapat terus kuat melawan penyakit kronik yang dialaminya.
“Ya Allah kuatkan aku untuk suami, anak-anak yang masih kecil dan perniagaan aku.
“Moga diri ini kuat cekal dan tabah serta istiqamah mengejar tiket akhirat. Babah (panggilan Nazri) awak kuat tau. Awak reda apa yang berlaku tapi saya sebaliknya,” ujarnya.
Sekadar info, Kiah kembali rujuk dengan Nazri Ismail pada 16 November lalu selepas lelaki itu disahkan hidap kanser leher.
Sebelum ini,nKiah dan Nazri pernah mendirikan rumah tangga pada 2011 namun berpisah selepas beberapa tahun bernikah. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Sumber: Instagram @kiahpropasebenarr
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source