Lagenda Cucuk Sanggul Puteri Saadong: Pengorbanan Dibalas Pengkhianatan
Puteri Saadong merupakan salah satu tokoh legenda yang paling dikenang dalam sejarah Kelantan.
Kisah hidupnya penuh dengan pengorbanan, kesetiaan, cinta dan akhirnya pengkhianatan yang tragis.
Puteri Saadong sebenarnya ialah anak kepada Raja Loyar dari Kerajaan Jembal dan ketika kecil, baginda puteri dipelihara oleh Cik Siti Wan Kembang, raja Kerajaan Chinta Wangsa yang terkenal dengan kebijaksanaan dan kekuatannya.
Puteri Saadong membesar dalam suasana istana yang mewah, menjadikan baginda wanita yang cantik, bijaksana dan berpengaruh.
Namun, kecantikannya menarik perhatian Raja Siam yang terpikat dengan khabar tentang Puteri Saadong.
Raja Siam hantar utusan untuk melamar Puteri Saadong, tetapi lamaran itu ditolak oleh Cik Siti Wan Kembang dan Raja Loyar.
Penolakan ini tidak menyenangkan hati Raja Siam yang kemudian mengancam untuk menyerang Kelantan.
Pada masa ini, Puteri Saadong telah dijodohkan dengan sepupunya, Raja Abdullah dan mereka berdua dimasyhurkan sebagai Raja dan Permaisuri Kerajaan Jelasin.
Walaupun sudah menjadi isteri Raja Abdullah, Raja Siam tetap berusaha untuk memiliki Puteri Saadong. Selepas ancaman penolakan pertama, Raja Siam menghantar tenteranya untuk menyerang Kerajaan Jelasin.
Perang berlaku, tetapi Puteri Saadong dan Raja Abdullah berjaya mempertahankan kerajaan mereka.
Namun, ancaman daripada Siam tidak berakhir di situ. Selepas mendapat khabar bahawa Raja Siam akan menyerang dengan kekuatan yang lebih besar, Puteri Saadong membuat keputusan yang paling sukar dalam hidupnya.
Baginda menawarkan diri untuk menyerah kepada Raja Siam demi keselamatan rakyat Jelasin dan suaminya. Dengan penuh berani, baginda meninggalkan tanah airnya dan pergi ke Siam.
Setibanya di Siam, Raja Siam yang gembira pada awalnya mula jatuh sakit. Penyakit misteri yang menyebabkan tubuhnya penuh dengan kudis memaksa baginda bergantung pada Puteri Saadong untuk sembuh.
Puteri Saadong bersetuju untuk merawat baginda dengan syarat bahawa baginda akan menunaikan janji untuk tidak mengganggu Jelasin lagi.
Dengan penuh tanggungjawab, Puteri Saadong merawat Raja Siam sehingga baginda sembuh dan akhirnya dibenarkan pulang ke tanah airnya.
Namun, kepulangan Puteri Saadong ke Jelasin disambut dengan kekecewaan. Raja Abdullah, suami yang baginda korbankan segalanya untuk diselamatkan telah mengahwini wanita lain.
Lebih menyakitkan lagi, Raja Abdullah menuduh Puteri Saadong tidak setia semasa berada di Siam.
Dalam kemarahan yang meluap-luap, Puteri Saadong dan Raja Abdullah bertengkar hebat.
Pada kemuncak pertengkaran, Puteri Saadong dalam keadaan terdesak dan kecewa menikam Raja Abdullah dengan cucuk sanggulnya, membunuh suaminya sendiri.
Selepas insiden itu, Puteri Saadong meninggalkan takhta dan menyerahkan kerajaan kepada adik iparnya, Raja Rahim.
Baginda kemudian mengasingkan diri di Bukit Marak bersama pengikut setianya, Awang Selamat. Orang ramai percaya bahawa baginda tinggal di sebuah gua di bukit itu.
Terdapat kisah yang mengatakan bahawa pinggan mangkuk dari gua tersebut sering dipinjam oleh penduduk kampung untuk majlis perkahwinan, tetapi apabila ada yang tidak memulangkannya, Puteri Saadong berasa kecewa dan meninggalkan Bukit Marak untuk menetap di Gunung Ayam.
Di situ, baginda dikatakan ghaib secara misteri. Ada yang kata bahawa Puteri Saadong akan muncul setiap kali sebelum musibah besar melanda Kelantan seperti sebelum banjir besar 1926 dan sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu.
___
Agaknya kalau cinta dikhianati walaupun kita setia, apa yang korang akan buat?
ILMU ALAM MELAYU: MISTIK, MANUSKRIP DAN MITOLOGI tersedia untuk korang cuba hidupkan kembali penghargaan terhadap sejarah, lagenda dan ilmu tradisional kita. Dapatkan sekarang!
https://s.shopee.com.my/9pLbfMv5mO
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source