Saigo Takamori: The Last Samurai Yang Sebenar?
Kalau anda pernah menonton filem The Last Samurai, pasti watak Katsumoto yang dimainkan oleh Ken Watanabe meninggalkan kesan yang mendalam.
Tapi tahukah anda, di sebalik watak ini tersembunyi seorang tokoh sebenar dari sejarah Jepun iaitu Saigo Takamori, samurai terakhir yang berani menentang arus perubahan besar di tanah airnya.
[Kegagalan dan Kemiskinan Samurai Pedalaman]
Saigo Takamori atau nama sebenarnya Kichinosuke lahir pada 23 Januari 1828 di Kagoshima, pulau Kyushu, Jepun.
Dalam hirarki masyarakat feudal Jepun, status adalah segala-galanya. Keluarga Saigo, walaupun memiliki gelaran samurai, hidup dalam kemiskinan.
Mereka bukan samurai elit yang dihormati di Edo (sekarang Tokyo) – sebaliknya, mereka adalah Goshi, golongan samurai pedalaman yang menjalani kehidupan separuh sebagai petani, separuh sebagai pahlawan.
Bagi seorang budak yang dibesarkan dalam masyarakat yang sangat mementingkan darjat, hidup dalam kemiskinan adalah satu penghinaan.
Saigo dan keluarganya sering dicemuh oleh samurai-samurai lain yang lebih kaya dan berpangkat tinggi. Namun, meskipun dihina, Saigo tidak pernah tunduk kepada rasa rendah diri.
Dia meneruskan hidupnya dengan tekad, mencari jalan untuk membawa perubahan kepada nasibnya.
[Kebangkitan Saigo: Ancaman Barat dan Pergolakan Politik]
Perubahan besar mula berlaku pada tahun 1853 apabila Commodore Matthew Perry dari Amerika Syarikat tiba di Jepun dengan armada kapal perang yang canggih.
Jepun yang ketika itu masih dalam dasar tertutup, terkejut dengan kehadiran kuasa asing yang menuntut pelabuhan dibuka untuk perdagangan.
Kerajaan Tokugawa yang lemah menghadapi tekanan besar, manakala para Daimyo – pemimpin wilayah seperti Satsuma, Edo, dan Mito buntu mencari jalan keluar.
Saigo, ketika itu baru sahaja dilantik sebagai pegawai daerah pada usia 26 tahun dihantar ke Edo untuk membantu Daimyo Satsuma, Shimazu Nariakira dalam usaha menguatkan hubungan antara Shogun dan Maharaja.
Namun, dalam masa yang sama, negara ini terbelah dua dengan pergolakan dalaman diantara yang ingin menentang Barat dan mempertahankan Jepun tradisional dan yang mahu menerima perubahan demi kelangsungan negara.
Saigo Takamori adalah antara yang menentang keras campur tangan Barat. Baginya, maruah Jepun tidak boleh digadai kepada kuasa asing, walaupun bermakna mereka harus berperang habis-habisan.
[Pembuangan dan Kebangkitan Semula]
Selepas kematian Daimyo Nariakira dan kenaikan Tokugawa Iemochi sebagai Shogun, situasi semakin rumit.
Pemimpin politik yang licik seperti Ii Nosuke menggunakan Shogun sebagai boneka mengawal segala keputusan.
Saigo yang setia kepada tradisi dan maharaja akhirnya dibuang negeri ke pulau terpencil Amami Oshima selepas percubaannya untuk membunuh diri gagal.
Namun, Saigo Takamori tidak akan kekal di buangan untuk selama-lamanya.
Pada tahun 1864, dia dipanggil semula oleh keluarga Shimazu dan sekali lagi memainkan peranan penting dalam pergerakan untuk menjatuhkan pentadbiran Shogun dan memulihkan kuasa maharaja.
[Berakhirnya Hayat Samurai Terakhir]
Kemuncak kisah Saigo Takamori dalam sejarah adalah ketika dia mengetuai pemberontakan Satsuma pada tahun 1877, pertempuran terakhir para samurai menentang pasukan tentera moden Jepun yang menggunakan senjata api.
Dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Shiroyama, Saigo dan pengikut-pengikutnya berjuang sehingga titik darah penghabisan.
Walaupun mereka tahu kekalahan hampir pasti, bagi Saigo, kehormatan lebih penting daripada nyawa.
Akhirnya, Saigo memilih jalan seppuku, satu bentuk bunuh diri yang penuh kehormatan dalam budaya samurai.
Dia meninggalkan dunia dengan kepala tegak, namun namanya kekal dalam sejarah sebagai simbol samurai yang tidak gentar mempertahankan apa yang dia percaya meskipun itu bermakna menentang arus zaman.
[Legenda Yang Kekal]
Saigo Takamori bukan sekadar pahlawan biasa. Dia adalah lambang pertembungan antara tradisi dan perubahan, kesetiaan kepada nilai-nilai lama, dan cabaran-cabaran dunia moden yang mengubah segala-galanya.
Kisahnya hidup dalam hati orang Jepun sebagai satu peringatan bahawa kadang-kala, harga kehormatan terlalu tinggi untuk dikompromikan.
Dalam dunia yang sering berubah dengan pantas, kisah “The Last Samurai” mengingatkan kita tentang pentingnya mempertahankan prinsip dan nilai, walaupun dunia di sekeliling kita berubah.
___
Banyak lagi pasal samurai, daimyo, dan peperangan yang unik, menarik dan ada sejarahnya sendiri dalam era Sengoku!
Kalau berminat, boleh dapatkan buku SENGOKU: DINASTI PARA SAMURAI sudah boleh dipra-tempah pada hari ini, dengan harga promosi RM23!
Dapatkan di sini: https://s.shopee.com.my/8pTeXCoK0n
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source