Hidup penuh liku, kembar yatim piatu hadiahkan ijazah buat nenek
Pasangan kembar yatim piatu hadiahkan ijazah sarjana muda yang diterima buat nenek tersayang memandangkan warga emas itu telah berkorban menghidupi mereka sejak kehilangan ibu bapa.
Memetik laporan dari Sinar Harian, pasangan kembar yatim piatu, S Yamuna dan S Yasoda, 23, telah mengukir senyuman apabila akhirnya perjalanan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang penuh liku sampai ke akhirnya.
Artikel lain: Aris Ariwatan bangga anak genggam ijazah Teknologi Kejuruteraan Pesawat Terbang
Kembar yatim piatu dibesarkan nenek selepas bapa, ibu & datuk meninggal
Mereka yang dibesarkan oleh datuk dan nenek di Dengkil telah kehilangan bapa pada 2006 disebabkan kemalangan jalan raya dan ibu telah pergi kira-kira tiga tahun selepas itu disebabkan kanser paru-paru.
Ujar S Yamuna, mereka sekali lagi diuji apabila datuk pula mengalami kemalangan jalan raya pada 2010 dan meninggal dunia.
Dia dan kakak akhirnya dibesarkan nenek dengan bergantung kepada bapa saudara dan bantuan daripada pihak kerajaan serta pihak sekolah.
“Kehidupan kami sekeluarga agar sukar dan saya sedar dengan pelajaran sahaja mampu ubah keadaan kami. Saya dan pasangan kembar sentiasa bersama sejak sekolah rendah, menengah, kolej matrikulasi dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
‘”Nenek, L Letchumy, 70, merupakan sumber inspirasi dan motivasi terbesar kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Nenek yang selalu beri motivasi jangan sesekali putus asa,”katanya.
Kredit foto: FB Siti Kamsari
Nenek banyak berkorban, abang sumber inspirasi
Kedua-dua mereka telah menerima Anugerah Dekan dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-68 tempoh hari menjelaskan bahawa setiap cabaran yang dihadapi dalam hidup sama sekali tidak membuatkan diri mahu berputus asa mengejar impian menjadi akauntan.
Tambah mereka lagi, kejayaan menggenggam ijazah ini merupakan hadiah buat nenek yang sudah banyak berkorban buat mereka sejak kecil.
Kembar yatim piatu itu juga mengakui bahawa kejayaan diperoleh adalah berkat sokongan nenek dan abang yang tidak berbelah bahagi.
“Kami sentiasa menyokong dan memberi semangat antara satu sama lain. Kami gemar belajar seawal jam 4 pagi dan kerap ulang kaji bersama.
“Segala yang kami capai merupakan usaha dan sokongan nenek, kakak dan abang,” katanya.
Difahamkan, abang mereka, Dr. Shatesh Kumar Sangar merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perpaduan menjadi salah satu inspirasi kepada pasangan kembar berkenaan dalam perjalanan mengejar impian dan cita-cita.
Sumber: Sinar Bestari (Nor Azura Mohd Amin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source