Padah tak bayar hutang lebih RM1 juta, barang rumah termasuk empat kereta mewah Vida bakal disita
Padah tak bayar hutang lebib RM1 juta, aset milik usahawan selebriti sensasi, Datuk Seri Vida di Ipoh, Perak bakal disita, lapor mStar Online.
Menurut laporan, perintah itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dilaksanakan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan pemohon, Ah Design Communication Sdn Bhd selaku plaintif untuk tujuan berkenaan.
Vida tak bayar hutang lebih RM1 juta?
Difahamkan, pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan kira-kira jam 9 pagi tadi di banglo milik Vida di Meru, Ipoh.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 53, dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada syarikat kontraktor pembinaan berkenaan sebanyak RM 1,060,285, pada tahun 2018.
Syarikat berkenaan dikatakan telah bekerjasama dengan Vida bagi melakukan pengubahsuaian bangunan pejabatnya, Vida All Star Studio bertempat di Elite Industrial Park Seksyen 33, Shah Alam.
Turut hadir di kediaman usahawan tersebut adalah peguam plaintif Samir Zainal, Bailif Mahkamah Tinggi Ipoh dan wakil syarikat Ah Design Communication iaitu Mohammad Taufik bagi melaksanakan proses penyitaan barangan di banglo itu.
Barang-barang yang disita merupakan keseluruhan barangan milik Vida beserta empat buah kereta iaitu dua buah Toyota Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan BMW X7.
Menurut Samir, proses lelongan barangan yang disita akan dihentikan sekiranya Vida dapat membayar ganti rui dalam jumlah yang dinyatakan dalam tempoh dua minggu.
“Tarikh lelongan sudah ditetapkan iaitu pada 9 Disember depan dan barangan yang disita merupakan keseluruhan barangan di rumahnya berserta empat buah kereta iaitu dua buah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7.
“Dalam tempoh dua minggu sebarang barangan serta kereta tidak dibenarkan dibawa keluar daripada rumahnya,” kata Samir.
Kredit Foto: mStar Online
Tindakan sita itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Vida gagal memberikan sebarang respons untuk membayar kembali ganti rugi pada tahun 2023.
Barangan yang bakal dilelong itu bagi menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif iaitu syarikat Ah Design Communication Sdn Bhd.
Artikel lain: Kenapa nak ada ayah kalau ada mama hebat..”-Cik B seronok ‘pau’ Vida duit shopping
Sementara itu, Vida tidak berada di kediamannya dan dipercayai berada di China sewaktu pihak berkenaan hadir untuk menyita barangan dalam banglonya.
Dalam pada itu, wakil syarikat Ah Design, Mohammad Taufik memberitahu, dia terpaksa mengambil tindakan bagi menuntut semula bayaran dengan cara menyita barangan rumah Vida.
Ini kerana usahawan itu tidak memberi kerjasama selepas tuntutan dibuat sejak tahun 2018.
Sumber: mStar Online (Faiz Izzat)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source