Bekas Juara Qariah Termuda, Farhatul Fairuzah Tamat Pengajian Dengan Cemerlang! Raih CGPA 3.90!
GENARASI muda perlu memperkukuhkan jati diri berpandukan Islam dan al-Quran untuk membentuk negara pada masa hadapan.
Namun, Asyraf Wajdi yang juga Pengerusi Mara menerusi satu hantaran di Facebook berkata dia dia terkejut apabila menyedari ada pelajar yang mempunyai masalah apabila diuji tentang dua kalimah syahadah dan solat.
ARTIKEL BERKAITAN : “I Rather Train Them In TVET Then Let Them Race On Street” Syed Saddiq Pertahan ‘Basikal Lajak’
Terbaharu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, menegaskan dia mahu kesemua institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawahnya menekankan asas fardu ain seperti Tahsin solat.
Jelasnya menerusi satu hantaran di Facebook, dia terkejut apabila menyedari ada pelajar yang mempunyai masalah apabila diuji tentang dua kalimah syahadah dan sembahyang.
“Saya terkejut bila ada juga pelajar yang masuk GiatMARA dan Institut Kemahiran (IKM), bila uji syahadah dan solat pun tunggang langgang,” tulisnya.
Telah Adakan Perbincangan Bersama Bahagian Pendidikan MARA
Tambahnya, dia mahu setiap pelajar yang mengikuti pengajian di institusi pendidikan bawah MARA diberi pendidikan tentang asas agama.
“Dalam perbincangan saya dengan Bahagian Pendidikan Mara, memandangkan kerajaan telah mula mengarus-perdanakan dasar TVET di mana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah setaraf dengan SPM, pelajar-pelajar yang tidak melalui pendidikan arus perdana atau kumpulan ‘drop-out’ atau yang tercicir hampir 100 ribu pelajar yang diberi peluang menyambung pengajian di Giatmara umpamanya mesti dicanai juga aspek asas-asas agama.
“Ini kerana ada juga bila diuji, yang tidak fasih mengucap syahadah bahkan solat pun masih caca merba.
“Justeru, saya telah meminta Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara untuk mewujudkan jawatankuasa menggubal modul khas agama bagi memantapkan dan memperkasakan asas-asas agama termasuk aqidah dan fardu ain,” tulisnya menerusi ruangan komen.
Selain itu, modul khas itu akan ditambah dengan kemahiran asas seperti pengurusan jenazah yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dalam komuniti masyarakat di lokaliti masing-masing.
“Modul ini boleh dimasukkan dalam kurikulum TVET di semua institusi pendidikan Mara seperti GiatMara, Institut Kemahiran Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Malaysian-Japanese Industrial Institute dan German Malaysia Institute.
“Mara mahu melahirkan generasi TVET yang holistik dan seimbang teradun dengan empat elemen RISE (Religion, Innovation, Skill and Entrepreneurship). Insya-Allah,” tulisnya lagi.
Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat para peserta TVET dan remaja mempelajari asas agama dan fardu ain dengan lebih baik dan sempurna.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source