Individu terkilan tak sempat tunai hasrat, kakak, ibu & bapa ‘pergi’ selepas hadiri konvokesyen adik
Individu terkilan tak sempat tunai hasrat ibu bapanya termasuk seorang kakak selepas mereka dilaporkan maut akibat kemalangan dekat Kampung Sungai Lerek, Setiu, Terengganu.
Ketika kejadian, tiga beranak itu dilaporkan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis konvokesyen di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Individu yang juga ahli keluarga mangsa, Ahmad Kamarul Azrul Eman Kamarudin, 23, berkata, dia tidak menyangka ibu, Maimunah Mat Isa, 54 bapa, Kamarudin Ibrahim, 55, dan kakaknya, Nur Ardiena Kamarudin, 30, ditimpa tragedi berkenaan ketika menuju ke rumah mereka di Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.
Ibu, bapa, kakak maut selepas hadiri konvokesyen adik
Menurutnya, kesemua mereka bertolak ke Putrajaya pada malam Khamis lalu bagi menghadiri majlis konvokesyen adik bongsu, Nur Azwa Shamimi Kamarudin, 21, di Universiti Antarabangsa Unitar (Unitar).
Dia berkata, kakaknya ada memuat naik status terakhir di aplikasi WhatsApp dan memaklumkan mereka akan bergerak balik pada jam 10.30 malam tadi (Ahad) selepas singgah di rumah abang dekat Negeri Sembilan.
“Saya tak sangka perjalanan pulang umi, ayah, kakak dan adik bongsu akan berakhir dengan tragedi seperti ini,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Setiu pada Isnin.
Individu terkilan tak sempat tunai hasrat
Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa keluarganya itu selepas dihubungi abang sulung kira-kira jam 6.40 pagi, Isnin.
“Saya rasa terkilan sebab tak sempat tunaikan hasrat untuk belanja mereka makan bagi meraikan kejayaan adik bongsunya kami.
“Sebelum kejadian, mereka semua tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan saya sempat bersalam dengan umi buat terakhir sebelum mereka bertolak,” katanya dalam nada sebak.
Dalam pada itu, dia turut terkilan kerana kakaknya tidak sempat melangsungkan perkahwinan yang dijadualkan pada 20 Disember depan.
“Saya rasa terkilan dan sedih sebab majlis dah dirancang dan persiapan telah dilakukan, namun percaturan terbaik hanya daripada ALLAH SWT.
“Saya cuma mampu berdoa yang terbaik buat mereka semua,” ujarnya.
Artikel lain: 8 maut kemalangan ngeri di Sarikei, tular video MPV lawan arus dikejar polis?
Dalam perkembangan lain, seorang lagi adiknya, Nur Azwa Shamimi dilaporkan cedera parah di bahagian paha kanan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Katanya, ketiga-tiga jenazah ahli keluarganya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubur Maras, Kelantan.
Sebelum ini, tiga beranak dilaporkan maut apabila kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, dua mangsa kemalangan maut di lokasi kejadian, seorang lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Setiu.
Sumber: Sinar Bestari (Norhaspida Yatim)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source