‘Road To Oscars’- Abang Adik Ketepikan 15 Filem Antarabangsa Untuk Menang Di Los Angeles
Sebut saja nama kumpulan k-pop BTS, pasti ramai fans mereka yang dah tersenyum simpul bila membayangkan tujuh orang jejaka tampan dalam kumpulan tersebut.
Terbaru, BTS dikhabarkan bakal melancarkan permainan video di alam maya yang dinamakan sebagai BTS World pada 26 Jun nanti.
Paling best, korang kini boleh menjadi ‘manager’ mereka pula. BTS World ini dibangunkan oleh syarikat permainan mudah alih Korea Selatan, Netmarble yang bekerjasama dengan BTS.
Berikut merupakan 6 fakta tentang permainan simulasi mudah alih ini yang perlu korang tahu.
1. Menggembara merentasi masa ke tahun 2012
Keistimewaaan permainan digital ini adalah ia boleh membawa pemain yang bertindak sebagai ‘pengurus’ untuk mengembara merentasi masa ke tahun 2012, iaitu sebelum kemunculan BTS.
Tujuannya adalah supaya ‘pengurus’ dapat membimbing septet tersebut dalam mengejar impian untuk menjadi mereka superstar.
2. Berinteraksi secara virtual bersama BTS
Korang akan berhadapan dengan pelbagai misi dan perlu memilih kad anggota BTS bagi menyelesaikan misi tersebut sebelum ke peringkat seterusnya.
Dengan mengumpul dan menaik taraf kad-kad tersebut, korang boleh membongkar lebih banyak kisah sepanjang permainan dan akan berpeluang untuk berinteraksi secara ‘virtual’ dengan BTS menerusi sistem interaktif satu ke satu.
3. Menawarkan kandungan eksklusif
Permainan ini juga menawarkan kandungan eksklusif, termasuk 100 klip video dan 10,000 foto terbaharu yang tidak dapat ditonton di platform lain.
4. Penampilan MatMangMakz dengan lagu Dream Glow
Lagu pertama ‘Dream Glow’ yang telah dimuat naik di permainan maya tersebut pada 7 Jun lalu didendangkan oleh Jin, Jimin dan Jungkook.
Lagu hasil kolaborasi bersama penyanyi Britain, Charli XCX itu juga merupakan penampilan pertama ‘MatMangMakz’ yang merupakan singkatan perkataan dalam Bahasa Korea untuk ‘matnae’ (anggota paling berusia iaitu Jin), ‘Mang-gae’ (nama samaran Jimin), dan ‘maknae’ (anggota paling muda iaitu Jungkook).
5. Percuma untuk dimuat turun tapi..
Permainan ini akan dilancarkan di seluruh dunia kecuali China, di semua peranti iOS dan Android pada 26 Jun ini dan korang boleh memuat naik secara percuma.
Walau bagaimanapun, kalau dilihat pada permainan Netmarble yang lain, ia mungkin memerlukan pembayaran dalam aplikasi untuk mendapatkan akses penuh kepada semua elemen dalam permainan tersebut.
Tapi, kalau korang memang fanatik BTS, why not kan?
6. Pra pendaftaran kini dibuka
Pra pendaftaran telah dibuka di btsw.netmarble.com
Laman ini menyediakan demo permainan mini BTS World dan juga menawarkan pengenalan kepada permainan, cerita BTS dan ‘sneak peek’ fungsi permainan yang membenarkan pemain berinteraksi dengan anggota BTS.
Pergh, confirm ARMY dah excited nak tunggu permainan video BTS World ni. Lepas ni bolehlah buat korang hilang sikit rasa rindu dekat idola korang ni.
Enjoy!
Sumber: Astro Awani
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source