Anak Nak Belajar Baca Komik Jangan Dilarang, Banyak Kelebihannya!
Sebagai ibu bapa, tahukah anda bahawa ada banyak manfaat baca komik untuk anak? Atau kalian tidak fikir begitu?
Anak nak baca komik mak ayah selalu larang kerana bimbang komik boleh memberi kesan yang tidak baik pada anak.
Komik jika kena dengan penulisan yang baik dan mesej yang ingin disampaikan, komik dapat memberi manfaat untuk anak kita yang semakin membesar.
Tidak kira sama ada daripada buku komik atau komik online, ada banyak manfaat baca komik anda perlu tahu:
1. Memupuk minat anak anda membaca
Kebanyakan individu terutama kanak-kanak, tidak suka untuk baca buku yang penuh dengan kata-kata, ayat dan tulisan. Semua jenis komik tidak penuh dengan tulisan sahaja malah juga lukisan dalam bentuk watak cerita tersebut. Jadi, ia mungkin mampu membantu anak terhindar daripada rasa bosan ketika sedang membaca.
Jika kanak-kanak gemar membaca komik sejak usia kecil lagi, mereka akan mula rasa terbiasa. Secara tidak langsung pula, ia mungkin akan memupuk minat mereka untuk terus membaca di saat sedang membesar.
2. Meningkatkan pemahaman teks
Komik mungkin sinonim sebagai bacaan ringan dan ringkas, tetapi itu bukan bermakna ia tidak akan mengajar sebarang kata dan ayat kepada kanak-kanak yang memang sedang mengumpul kosa kata baharu.
Adalah lebih baik lagi jika komik ditulis dalam terjemahan dwibahasa contohnya bahasa Melayu serta bahasa Inggeris kerana ini merupakan langkah awal untuk anak anda mendalami dan memahami bahasa asing.
3. Meningkatkan pemahaman ilustrasi
Komik juga sinonim dengan ilustrasi yang sarat dengan macam-macam rupa, bentuk dan mungkin warna bagi memeriahkan isi buku. Selain menarik perhatian, ia juga akan memberi pemahaman yang baru.
Ini kerana setiap gambar-gambar yang ada di dalam komik akan buat kanak-kanak meneliti, memahami, memikirkan lalu menjelaskan situasi di sebalik gambar, sekali gus dapat meningkatkan pemahaman ilustrasi.
4. Buat anak kreatif
Kreativiti merupakan satu sifat atau bakat yang akan lahir secara semula jadi tetapi ia mungkin masih boleh dipupuk. Bagaimana? Caranya adalah dengan lebih banyak melihat dan membaca produk kreatif seperti komik. Apabila kanak-kanak itu membesar dengan suasana sarat dengan seni, ia dapat membantu menjana kreativiti!
5. Komik bagus bagi kanak-kanak dengan masalah membaca
Jangan terkejut jika kami kata kanak-kanak yang ada masalah membaca seperti disleksia lebih gemar untuk membaca buku komik tanpa merasa tertekan apabila melihat terlalu banyak huruf dalam buku biasa.
Menurut kajian terbitan Bucks County Free Library pula, anak autisme itu lebih senang mengetahui dan mempelajari perasaan dengan cara meneliti serta mengamati setiap gambar-gambar yang ada di dalam komik.
Dalam erti kata lebih mudah, komik memang alternatif yang agak bagus bagi kanak-kanak dengan masalah membaca.
Pun begitu pastikan mak ayah memilih buku komik yang bersesuaian serta kandungannya sihat dan baik untuk anak. Jangan tersalah beli!
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source