Lebih dua jam tunggu, anak selamatkan ibu hidap asma guna tangki air
Lebih dua jam tunggu bagi mendapatkan bot penyelamat, anak selamatkan ibu hidap asma guna tangki air bagi meredah banjir di Kampung Sri Kulim, Melor, Kota Bharu, Kelantan.
Pemuda dikenali Mohammad Shaher Rahalim, 33, berkata, dia bersama beberapa rakan mengambil insiatif mencari tangki air polietilena bagi mengangkut keluar ibu, Rosliza Ibrahim, 58, yang kesejukan akibat rumah mereka dimasuki air sedalam dua meter.
Mohammad Shaher berkata, dia bertindak sedemikian kerana ibunya tidak boleh berada dalam keadaan kedinginan sejak menghidap asma 20 tahun lepas.
“Saya berusaha menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bot penyelamat namun selepas menunggu lebih dua jam dan melihat keadaan ibu semakin serius, saya serta rakan mencari ikhtiar bagi membawanya keluar,” katanya kepada Bernama.
Artikel lain: Restoran terapung hanyut 5 km, pemilik sebak ramai tolong ‘kejar’ guna sampan & bot
Anak selamatkan ibu hidap asma
Anak sulung itu berkata sebaik diselamatkan dan berjumpa semula dengan adik, Nur Shasabila, 26, mereka menunggu pula bapa, Rahalim Ismail, 61, yang dibawa keluar dengan bot penyelamat Jabatan Pertahanan Awam.
Katanya lagi, walaupun ibu bapanya sudah dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, mereka masih tidak dapat mendaftar kerana jumlah mangsa banjir sudah terlalu ramai di PPS tersebut.
“Kami kemudian memutuskan untuk membawa ibu bapa ke rumah saya di Kampung Alor Bakat bagi membolehkan mereka berehat dengan lebih selesa dan kesihatan terjaga,”ujarnya.
Kongsinya, dia bercadang untuk mendaftarkan ibu bapanya di mana-mana PPS berdekatan.
Sumber: BERNAMA
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source