“Macam mana Snickers Bantu Kita Rancang Masa Depan?”
Tahukah anda yang dalam buku Same As Ever, ada satu pengajaran berharga yang kita boleh belajar daripada seketul bar coklat Snickers?
Pada tahun 2009, ketika kemerosotan ekonomi global sedang memuncak, seorang lelaki bernama Jim (nama samaran) berpeluang memandu sekitar Omaha bersama tokoh pelaburan terkenal, Warren Buffett.
Mereka melintasi deretan kedai yang tutup, dan Jim bertanya, “Bagaimana mungkin ekonomi boleh bangkit semula dari semua ini?” Buffett, dengan bijaknya, mengaitkan keadaan ekonomi ketika itu dengan bar coklat Snickers, yang kekal menjadi kegemaran ramai sejak tahun 1962 hingga hari ini.
Jawapan ini mengingatkan kita bahawa dalam dunia yang sentiasa berubah, ada aspek-aspek tertentu dalam kehidupan manusia yang sentiasa kekal dan tetap.
Snickers, sejak dilancarkan oleh Mars Inc. pada tahun 1930, telah menjadi ikon dalam dunia gula-gula. Kejayaannya bukan sahaja terletak pada rasa yang lazat, tetapi juga pada kemampuan jenama ini untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan keperluan dan kehendak manusia yang tidak berubah.
Sifat manusia yang tidak berubah misalnya mendambakan rasa kemanisan coklat telah menjadikan Snickers pilihan yang konsisten di kalangan pengguna. Ketika kita menelusuri lipatan sejarah, perubahan seperti teknologi, perubatan, dan geopolitik sering kali mengejutkan kita.
Namun, sifat-sifat manusia seperti keinginan untuk menikmati makanan yang enak dan rasa puas ketika menikmati coklat tetap sama.Inilah sebabnya Snickers terus relevan!
Falsafah bahawa memahami apa yang tidak berubah adalah kunci kepada kejayaan di masa depan, seperti yang disebut oleh Jeff Bezos, juga terpakai di sini. Bezos percaya bahawa pelanggan Amazon akan sentiasa mahukan harga murah dan penghantaran cepat, dan itulah fokusnya.
Begitu juga, Snickers memahami bahawa keinginan manusia untuk makanan yang memuaskan tidak akan berubah, dan itulah yang mereka terus tawarkan!
Selain itu, kempen pemasaran Snickers yang inovatif, seperti slogan “You’re not you when you’re hungry,” menunjukkan pemahaman mendalam mereka tentang psikologi manusia.
Mereka tidak hanya menjual coklat, tetapi juga penyelesaian kepada rasa lapar dan perubahan emosi yang datang bersamanya. Pendekatan ini telah membantu Snickers bertahan dan terus berkembang walaupun dalam zaman yang penuh dengan perubahan.
Dalam dunia yang serba tidak menentu, memahami dan fokus kepada sifat-sifat manusia yang kekal dapat menjadi kunci kepada kejayaan.
Snickers adalah contoh yang sempurna untuk memahami apa yang tidak berubah iaitu keinginan untuk menikmati kemanisan coklat. Perkara ini lantas membantu jenama Snickers bertahan dan berjaya untuk dekad-dekad seterusnya.
Pengajarannya, dalam apa jua situasi, tidak kira betapa banyak perkara yang berubah, keinginan manusia untuk menikmati makanan yang memuaskan seperti Snickers akan sentiasa kekal wujud, abadi bersama manusia.
—
Daripada penulis best-seller The Psychology Of Money yang telah terjual lebih dari 3 juta unit, Morgan Housel kini kembali dengan Same As Ever! Buku ini membongkar rahsia di sebalik banyak perkara yang tidak berubah dalam dunia ekonomi dan aspek sosial manusia.
Beli sekarang melalui pautan ini:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source