“Kejayaan Jepun Menjinakkan Amukan Mongol!”
Kita semua tahu dengan kekuatan Mongol yang ampuh itu, ke mana saja mereka pergi, ada kehancuran yang mengiringi. Tapi tahukah anda, tentera Mongol pernah lemas karam ketika cuba menawan Jepun?
Kisah malang Mongol ini berlaku pada dua peristiwa berbeza, iaitu pada tahun 1274 dan 1281, dan telah menjadi lagenda dalam sejarah Jepun. Pada tahun 1274, Kublai Khan, cucu kepada Genghis Khan dan pengasas Dinasti Yuan di China, merancang pencerobohan besar-besaran ke atas Jepun.
Beliau mengirim armada yang terdiri daripada 900 kapal dan 40,000 tentera, termasuk tentera Mongol, Korea, dan China, ke pantai Kyushu. Dengan persenjataan dan taktik perang yang unggul, tentera Mongol yakin mereka mampu menakluk Jepun dengan mudah. Namun, ketika tentera Mongol mendarat di Teluk Hakata, mereka disambut oleh 2000 ke 6000 pahlawan Jepun yang berani.
Pertempuran sengit berlaku, dan walaupun tentera Mongol lebih ramai dan lebih terlatih, mereka menghadapi kesukaran dalam menembusi pertahanan Jepun. Tidak mampu menundukkan Jepun tentera Mongol buat keputusan untuk berundur ke Korea.
Malang tidak berbau, armada Mongol dihentam oleh ribut taufan yang dahsyat, menyebabkan banyak kapal mereka rosak dan tenggelam. Kublai Khan terpaksa menarik balik baki tenteranya yang masih hidup, menangguhkan impian untuk menakluk Jepun.
Tidak serik dengan kegagalan pertama, Kublai Khan merancang pencerobohan kedua pada tahun 1281. Kali ini, beliau menghimpunkan armada yang lebih besar, terdiri daripada 4,400 kapal dan 140,000 tentera.
Tentera ini dibahagikan kepada dua pasukan utama: satu berangkat dari Korea, manakala yang lain dari selatan China. Mereka diarah untuk bertemu di Teluk Hakata dan melancarkan serangan gabungan yang dahsyat ke Jepun.
Namun, Jepun belajar dari pengalaman pencerobohan pertama lalu memperkuat pertahanan mereka. Mereka bina tembok batu sepanjang pantai untuk halang pendaratan kapal-kapal Mongol. Selain itu, pahlawan Jepun sekali lagi menunjukkan keberanian dan kepakaran mereka dalam mempertahankan tanah air.
Nasib tidak menyebelahi Mongol pada kali ini juga. Selepas beberapa bulan bertempur dan berusaha untuk menembusi pertahanan Jepun, armada Mongol sekali lagi dihancurkan oleh ribut taufan yang lebih dahsyat daripada yang pertama.
Ribut ini, yang dikenali sebagai “Kamikaze” atau “Angin Tuhan,” dianggap oleh orang Jepun sebagai penyelamat mereka. Banyak kapal Mongol karam, dan ribuan tentera mereka mati lemas atau terbunuh dalam pertempuran.
Kegagalan dua pencerobohan Mongol ini menandakan berakhirnya impian Kublai Khan untuk menakluk Jepun.
Kejayaan Jepun dalam menghalang pencerobohan Mongol bukan sahaja disebabkan oleh keberanian dan kepakaran pahlawan mereka, tetapi juga oleh nasib baik dengan kehadiran ribut taufan yang dahsyat.
Peristiwa ini telah menjadi lambang ketahanan dan keberanian Jepun, dan legenda “Kamikaze” terus dikenang sebagai simbol perlindungan ilahi terhadap tanah air mereka.
—
Anda pasti tertanya-tanya, apakah rahsia Jepun sewaktu menghadapi serangan Mongol yang menggerunkan itu? Bagaimana Jepun mampu hasilkan pertahanan dan para pahlawan yang begitu perkasa?
Berita baik untuk anda, kami ada KITAB TAMADUN JEPUN. Dalam buku ini, terdapat pelbagai ilmu tentang kehebatan tamadun Jepun.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source