Zahnita Wilson nekad fail cerai, dah tak tahan jadi mangsa keganasan rumah tangga
Pelakon dan bekas model terkenal, Zahnita Wilson nekad fail cerai terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang, hari ini.
Menurut Zahnita, dia nekad memfailkan perceraian selepas tidak tahan berada dalam rumah tangga yang penuh toksik, apatah lagi selepas menjadi mangsa keganasan sejak beberapa bulan lalu.
Aktres jelita berusia 38 tahun itu berkata, hanya Allah dan sokongan serta doa daripada ibu sahaja menjadi kekuatan buat dirinya untuk memfailkan perceraian.
“Emosi saya juga ketika ini tidak begitu stabil dengan semua ujian ini. Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu,” katanya.
Artikel lain: Dakwa wujud orang ketiga, Zahnita akui 20 tahun jadi mangsa kekasaran suami
Zahnita Wilson nekad fail cerai
Dalam pada itu, Zahnita meluahkan rasa syukur apabila suaminya sudah ditahan reman selama tiga hari oleh pihak polis, semalam.
Katanya lagi, dia juga sudah lama bertahan dan sanggup berhenti daripada karier seni bagi menjadi isteri sempurna.
“Lega dan syukur dia sudah ditahan sebab boleh bergerak tanpa risau apa-apa. Dia sudah tak boleh lakukan sebarang perkara lagi pada saya.
“Sebelum ini saya takut nak ke mana-mana sebab risau diapa-apakan olehnya.
“Terima kasih dan sangat terharu apabila melihat sokongan daripada semua orang termasuk pihak polis yang sudah melakukan siasatan serta mengambil tindakan,”luahnya.
Dia juga memberitahu kejadian dipukul suami bukan disebabkan mahu keluar daripada kediaman, namun tidak boleh memperincikan lebih lanjut kerana ia masih dalam siasatan.
“Cuma yang saya boleh katakan ialah dia melakukan keganasan tersebut kerana tidak tahan dengan soalan saya tentang sesuata perkara,” ujarnya lagi.
Semalam, Zahnita mengejutkan ramai apabila memuat naik foto bahagian matanya lebam dan mendakwa dipukul oleh suaminya selepas bertanya tentang kehadiran orang ketiga.
Menurut Zahnita dia sudah tidak lagi mampu bertahan selepas 20 tahun hidup bersama.
Difahamkan, pelakon filem Kuliah Cinta itu pernah menfailkan penceraian pada 2013 Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor selepas rumah tangga yang dibina bergolak sejak pengakhiran tahun 2011.
Namun ia dapat diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih.
Sekadar info, bekas peragawati berkenaan telah mendirikan rumah tangga pada pada 2005 itu dilurniakan empat cahaya mata, Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.
Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source