Netizen terhibur kad bank Khairul Aming ‘declined’ -“Kita tak cukup duit nak bayar, dia overlimit”
Tak boleh membuat pembayaran di kaunter pembayaran, netizen terhibur kad bank Khairul Aming ditolak meskipun telah mencuba berkali-kali di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, di sini, hari ini.
Menerusi sesi siaran langsung pada petang tadi, Khairul Aming dipercayai mahu membuat pembayaran berjumlah RM19,330 bagi pakaian untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir terjeas di negeri itu.
Bagaimanapun, usahawan kelahiran Kelantan itu berdepan dengan kesukaran apabila semua kad bank yang digunanya telah ditolak.
“Declined. Tolonglah jangan tengok, malu Khairul Aming. Duit orang tapi kad aku tak clear lagi.
“Kalau kena reject juga, tunggu saya kena clean apa yang perlu sebab seminggu ni memang tak sempat nak buat apa. Tidur pun tak sempat.
“Ini mesti declined juga. “ujarnya.
Tidak berputus asa, dia kemudiannya menggunakan kad debit yang lain untuk membuat transaksi, namun masih gagal membuat pembayaran.
“Yang ini boleh kot? Declined juga. Menangis aku tiga kad. Sekali lagi (bawa keluar kad bank lain), sebab minggu ni kita buat pembelian semua pakai kad ini.
“Tapi saya tak clear lagi kad sebab banyak sangat duit untuk banjir yang orang bagi,”katanya lagi.
Netizen terhibur kad bank Khairul Aming ‘declined’
Rata-rata warganet akui terhibur dan tidak menyangka apabila personaliti media sosial itu juga berdepan dengan kesulitan untuk membuat pembayaran gara-gara kad bank ditolak oleh sistem.
Pun begitu, situasi kegagalan membuat transaksi yang dialami oleh mereka dan Khairul Aming sangat berbeza.
Artikel lain: Paling cepat beri bantuan banjir, Khairul Aming dapat 100 juta ‘likes’ ketika live di TikTok
Sekadar info, Khairul Aming telah menamatkan misi bantuan banjir pada 4 Disember 2024 di Pantai Timur selepas beberapa hari bertungkus lumus memastikan mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
Sumber: TikTok its_me_milaaaa
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source