Mahu bantu bayi pramatang, Dr Hannan Yusof sumbang 2 unit mesin inkubator neonatal kepada HPUSM
Mahu bantu bayi pramatang, Hannan Medispa Sdn. Bhd (Hanan Medispa) sumbang dua unit inkubator neonatal bernilai RM80,000 kepada Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian, sempena Hari Pramatang Sedunia.
Pengasasnya, Dr Hannan Yusof berkata, sumbangan tersebut adalah untuk mengisi kekurangan mesin tersebut yang dialami oleh unit neonatal Jabatan Pediatrik di hospital berkenaan.
Artikel lain: Disahkan hidap kanser tahap empat, Lan Zailan mahu lawan penyakit tanpa kemoterapi
Mahu bantu bayi pramatang
Katanya lagi, bukan sahaja di HPUSM, malah hospital-hospital lain yang juga mengalami masalah kekurangan mesin berkenaan.
Kongsi Hannan, arwah anaknya juga pernah dirawat di NICU, HPUSM dan disebabkan itulah dirinya memilih hospital berkenaan untuk program CSR.
Malah, dia juga berharap mesin bantuan tersebut akan dapat membantu bayi-bayi pramatang yang memerlukan.
“Saya berharap bantuan ini akan diteruskan pada masa depan” katanya dalam kenyataan bersempena majlis penyerahan sumbangan tersebut di sini.
Artikel lain: Disahkan hidap kanser tahap empat, Lan Zailan mahu lawan penyakit tanpa kemoterapi
Sementara itu, Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset HPUSM, Dr. Mohamed Asyraf Mohamed Daud memberitahu, terdapat 60 pesakit yang menjalani rawatan di wad dan sehingga kini hanya terdapat 20 mesin digunakan.
“Setiap tahun, pihak hospital akan memohon penambahan aset namun kekangan bajet juga menjadi faktor utama.
“Jadi apabila ada sumbangan seperti ini, pihak hospital sangat mengalu-alukanya”ujar Mohamed Asyraf.
Dalam perkembangan lain, Hannan memaklumkan bahawa pihaknya kini turut membantu mangsa bemcana alam itu di daerah Tanah Merah.
Sumber: Kosmo! Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source