Zahnita tolak tawaran RM150,000 jadi model, mahu fokus bisnes pai & anak2
Bekas pelakon dan model, Zahnita tolak tawaran RM150,000 untuk menjadi penyeri jenama baju raya terkemuka bagi memberi fokus kepada bisnes yang kini diusahakan iaitu ‘Zahnita’s Humble Pie’.
Menerusi temubual bersama Nona, Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson berkata, keputusan itu bukanlah mudah untuk dibuat.
Namun, dia tetap bersyukur dan berbesar hati dengan rezeki yang datang tidak putus-putus susulan kemelut rumah tangganya.
“Saya sangat berbesar hati dengan tawaran itu, tetapi masa saya kini terhad.
“Bisnes ini memerlukan komitmen penuh dan saya mahu memastikan ia berjaya sebelum memikirkan hal lain,”katanya selain menyatakan memasak adalah terapi buat dirinya.
Artikel lain: Ramai beri sokongan, Zahnita Wilson terima 3000 tempahan pai
Zahnita tolak tawaran jadi model
Menurutnya lagi, dia juga tidak akan kembali ke dunai peragaan kerana perniagaan pai semakin mendapat perhatian dan permintaan ramai.
“Bisnes ini bukan sahaja memberi peluang untuk berkreativiti, tetapi juga cara untuk menjana pendapatan stabil.
Melihat reaksi pelanggan menikmati pai saya memberi kepuasan yang tak tergambar dek kata-kata,” katanya lagi.
Sebelum ini, Zahnita mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga selepas dia memuat naik sekeping gambar di Instagram.
Dakwa ibu kepada empat cahaya mata itu , dia sudah dizalimi dari segi fizikal dan mental sepanjang 20 tahun usia perkahwinan.
Dia kemudiannya memfailkan cerai terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada Selasa.
Sekadar info, bekas peragawati berkenaan telah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery Ghouse pada tahun 2005 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.
Zahnita juga sebelum ini pernah memfailkan penceraian pada 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor selepas rumah tangga yang dibina bergolak sejak pengakhiran tahun 2011 namun ia berjaya diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih.
Sumber: TikTok Nona
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source