Masuk Pulau Pangkor Dengan Kereta, Cara Ini Lebih Jimat Dan Murah!
Kalau anda nak masuk Pulau Pangkor dengan kereta sendiri, cara ini lebih jimat sebenarnya.
Haa… nak tahu macam mana, jemput baca perkongsian daripada saudara Wan Afiq Azri, yang mana dia membawa kereta sendiri untuk bercuti bersama keluarga.
Jelasnya, masih ramai lagi yang belum tahu bahawa anda sebenarnya boleh membawa kereta sendiri ke Pulau Pangkor. Ikuti perkongsian penuh di bawah.
Masuk Pulau Pangkor Dengan Kereta
Pertama sekali, bawa masuk kereta sendiri ini bergantung kepada keperluan anda masing-masing dan berbaloi jika ingin bercuti di Pulau Pangkor lebih 3 hari kerana kosnya agak tinggi.
Kos bawa masuk kereta untuk saya kali ini adalah RM238.50 pergi dan balik termasuk SST. Saya pergi hari cuti umum Deepavali (kadar tinggi sedikit) dan balik hari Sabtu (kadar biasa).
Hari Isnin hingga Sabtu adalah kadar biasa, Ahad dan cuti umum adalah kadar tinggi. Hari Ahad kena pastikan anda memberitahu pihak pengendali kerana sepatutnya mereka tidak beroperasi pada hari Ahad namun dibuka jika ada permintaan.
Penyedia untuk tongkang logistik bawa kenderaan ke Pulau Pangkor hanya ada 1 sahaja iaitu R Masyhur Logistik yang beroperasi di jeti Marina Island, Lumut, Perak. Boleh terus waze nama syarikat tersebut. Berdekatan dengan Rockbund Fishing Chalet. Destinasi tongkang berlabuh di Pulau Pangkor pula di belakang Galeri Pangkor.
Hanya seorang pemandu sahaja dibenarkan menaiki tongkang dengan kereta berdasarkan Peraturan Bot 1953 Jabatan Laut Malaysia. Penumpang lain dikehendaki untuk menaiki feri penumpang di jeti Marina Island hanya 5 minit dari jeti logistik ini.
Bawa kereta sekurang-kurangnya 30 minit awal dari jadual. Sampai disana, buat pembayaran di kaunter dan tunggu arahan pekerja disana untuk proses menaiki tongkang. Perjalanan dari Marina Island, Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa sekitar 15 minit. Urusan balik pula, bawa kereta menuju ke tempat tongkang berlabuh di belakang Galeri Pangkor.
Bebas Nak Ke Mana-mana
Urusannya mudah sebenarnya cuma proses nak selaraskan dengan jadual feri penumpang sedikit susah bagi yang tak biasa. Macam saya, saya pilih waktu naik tongkang dengan kereta jam 8.30 pagi, saya tempah tiket feri penumpang secara atas talian untuk 8.15 pagi. Saya mula turunkan penumpang di jeti feri penumpang pada jam 7.45 pagi dan terus bergerak ke jeti tongkang. Alhamdulillah, waktu feri penumpang dan tongkang sampai tak jauh beza.
Bawa kereta sendiri bebas nak ke mana-mana, bila-bila masa. Bawa barang banyak pun tak jadi masalah. Kalau ada warga emas pun, lebih mudah. Cuma, kebanyakan jalan di Pulau Pangkor terutama di Pekan Pulau Pangkor dan Teluk Nipah agak sempit dan parking kereta juga sangat terhad. Pandu kereta juga perlu lebih berhati-hati kerana sangat banyak motosikal.
Senarai harga & jadual perjalanan untuk bawa kereta:
Berikut adalah senarai harga untuk membawa kereta dan motor sendiri ke Pulau Pangkor.
Jadual perjalanan Marina ke Pulau Pangkor
Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat bantu anda sekiranya ada perancangan untuk bawa kerete ke Pulau Pangkor.
Sumber: Facebook Wan Afiq Azri
Berlibur dan download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source