Nampak makin ‘glowing’, rupanya dua produk Kinohimitsu jadi pilihan Ananda Natasha
Apabila bercakap soal kecantikan, bukan sekadar luaran malah dalaman juga perlu dititikberatkan dengan pengambilan produk kesihatan dan penjagaan yang diluluskan.
Dua produk Kinohimitsu jadi pilihan!
Tapi produk mana patut dicuba? Sudah semestinya jenama peneraju suplemen bio-nutraseutikal dan kosmetikal, Kinohimitsu yang semakin menjadi pilihan ramai terutama golongan wanita.
Produk Kinohimitsu buat ‘glow up’
Baru-baru ini, pempengaruh media sosial Ananda Natasha atau mesra dipanggil Tasha mengakui menggunakan dua produk kecantikan dan kesihatan Kinohimitsu iaitu Collagen Beauty Pro dan UV Bright Pro.
Rakannya Ezra Kairo yang juga penyanyi tidak menyangka bahawa wanita itu mengalami perubahan apabila tampil lebih glowing sehingga berjaya mencuri perhatiannya.
“Awak biasa-biasa? Saya tak boleh berfikir, otak saya tak boleh berfungsi. Apa sebenarnya yang awak fikir bila awak cakap awak orang biasa-biasa. Awak boleh glow up, cuba jelaskan!,” tanya Ezra dengan curiga.
Lupa ke? Awak yang bagi produk Kinohimitsu pada saya!
Bagaimanapun, ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu terpaksa mendedahkan ‘rahsianya’ iaitu dengan mengamalkan produk Kinohimitsu selain mengikuti perkembangan fesyen terkini.
“Saya belajar sikit-sikit mengubah fesyen saya, belajar fesyen daripada orang lain.
“Tapi yang paling penting Ezra, sebab Kinohimitsu inilah yang banyak membantu saya dapat glow up cepat!” ujar Tasha gembira.
Jadi kepada orang ramai yang teringin memiliki kulit cantik dan penampilan berseri-seri seperti Tasha, sudah tentu Kinohimitsu adalah jawapannya!
Artikel lain: Ananda Natasha merdu alun ayat al-Quran dipuji ramai – “Rugi ex lepaskan dia..”
Berita baik bagi semua penggemar soal penjagaan kulit, Kino Biotech (M) Sdn Bhd telah mengeluarkan dua jenis produk iaitu Collagen Beauty Pro dan UV Bright Pro yang memiliki fungsi kecantikan berbeza bagi setiap penggunaannya.
#1. Collagen Beauty Pro
Collagen Beauty Pro, merupakan produk yang berupaya membekalkan protein utama dalam tubuh yang memberikan kekuatan dan keanjalan pada kulit.
Ia bertujuan untuk membantu memperbaiki struktur kulit dari dalam dan memberi kesan awet muda. Pengambilan Collagen Beauty Pro secara teratur dapat memberikan banyak manfaat untuk kulit.
Malah, ia meningkatkan kegebuan dan kelembapan kulit, serta mengurangkan garis halus dan kedutan.
Guna produk Kinohimitsu, mekap tak merekah dan kulit berseri!
Kalau nak tahu, Collagen Beauty Pro sangat sesuai bagi wanita yang suka menggunakan solekan kerana hasil mekap anda tidak akan mudah merekah sebaliknya mampu memberi kesan glowing pada kulit wajah.
Selain itu, produk ini juga mengandungi vitamin dan antioksidan yang dapat membantu melawan kerosakan radikal bebas yang sering menjadi punca penuaan kulit yang tidak sihat.
Bukan itu saja, salah satu kelebihan Collagen Beauty Pro adalah mudah diambil dalam bentuk serbuk atau kapsul yang boleh dicampur dengan minuman kegemaran. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit, sama ada kering, berminyak, atau sensitif.
Dengan penggunaan secara konsisten, pengguna akan memperolehi peningkatan ketara dalam tekstur dan penampilan kulit mereka.
#2. UV Bright Pro
Bagi UV Bright Pro pula, suplemen kecantikan yang dirumus khas untuk membantu menjaga kulit agar kelihatan cerah, berseri, dan dilindungi daripada kerosakan akibat sinaran UV sekali gus membentuk tubuh badan yang ideal.
Produk ini menggabungkan perlindungan UV, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit dari dalam sambil melindunginya daripada kesan sinaran matahari.
UV Bright Pro juga tidak perlu disapu pada kulit seperti produk sunscreen yang lain, hanya perlu dimakan dari paketnya begitu sahaja sekali gus menjimatkan masa.
Mengurangkan berat badan dan rendah kalori!
Selain itu, produk ini dicipta khas supaya mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja, mudah diambil bila-bila masa dan amat sesuai digunakan bagi sebarang aktiviti lasak di luar.
Kebaikan UV Bright Pro juga mampu membetulkan tona kulit selain memiliki rendah kalori, sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
Mana satu pilihan hati?
Secara keseluruhannya, kedua-kedua produk ini merupakan pilihan ideal bagi mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit dan berat badan dengan cara yang mudah serta efektif. Dengan penggunaan yang berterusan, kulit akan tampak lebih segar, cerah, dan awet muda!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source