Netizen tuduh Ina Naim sudah berubah, beri jawapan ‘kasar’ soal kerja suami
Penyanyi Ina Naim menjelaskan kepada orang ramai bahawa suaminya, Mohd Khairul Rizal bekerja sebagai perunding jurutera bagi menampung kehidupan keluarga.
Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim berkata mendedahkan pekerjaan suaminya selepas menerima pertanyaan daripada pengikutnya menerusi sesi siaran langsung di aplikasi TikTok, baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Ina memberitahu Khairul Rizal tidak perlu untuk pergi ke pejabat pada setiap hari kerana dibenarkan bekerja dari rumah.
Ina Naim sudah berubah
“Suami sekarang ni, dia engineering consultant jadi dia tak perlu tiap hari pergi ke pejabat.
“Zaman sekarang ni dah moden, sedangkan masa zaman covid pun orang boleh buat kerja dalam rumah apatah lagi masa zaman sekarang.
“Yang dulu (Allahyarham Suhaimi Saad) dia selebriti dan penulis lirik,” ujar Ina.
Ina Naim sudah berubah
Sehubungan dengan itu, Ina berharap jawapan tersebut dapat menepiskan tuduhan netizen yang kononnya suaminya seorang penganggur.
“Jangan tanya suami saya kerja apa, suami saya kerja dia dengan Allah, dah senang cerita. Nampak macam tak kerja tapi dia sebenarnya kerja.
“Sekarang jangan tanya lagi, kenapa dia tak masuk pejabat. Saya cerita ni nak orang faham suami kerja sebenarnya.
“Dengar tak mana yang tak faham tu, gaji tak tinggi tapi alhamdulilah cukup,” katanya.
Artikel lain: Ina Naim dan suami makin romantik, netizen mahu pindah planet lain!
Lain dah Ina sekarang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan jawapan yang diberikan dengan menggunakan suara yang agak lantang.
Ina dah berubah?
Bukan itu sahaja, ramai mendakwa perwatakan Ina sudah berubah selepas bergelar isteri kepada Khairul berbanding ketika bersama Allahyarham Suhaimi Saad.
Sekadar info, Ina pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi pada 12 Oktober 2007 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Bagaimanapun, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat masalah kesihatan yang juga menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi.
Ina kemudiannya berkahwin dengan Khairul Rizal pada 8 November lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat.
Sumber: TikTok @quranenuur
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source