Auntie Ja ‘bedah’ aiskrim Suka Dessert, perjelas mengapa dijual RM18
Susulan aiskrim Suka Dessert dikecam ramai kerana dijual dengan harga RM18, pemilik perniagaan manisan itu iaitu Siti Hajar Mohd Razali ‘membedah’ hidangan itu bagi mempertahankan harga jualannya.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Suka Dessert telah memuat naik video memaparkan Siti Hajar atau mesra dipanggil Auntie Ja sedang menjelaskan mengapa pihaknya memilih untuk menjual hidangan itu dengan harga RM18.
Aiskrim Suka Dessert dibedah, Auntie Ja pertahan harga RM18
Menurut Auntie Ja, hidangan yang dikenali sebagai 3 Phase Ice Cream itu dijual dengan mahal kerana ia bukan aiskrim biasa yang kon kosong tanpa sebarang isi.
“Saya akan tunjukkan kepada anda semua, apa yang ada dalam aiskrim ni. Aiskrim ni dia tak kosong, dia ada isi dalam.
“Aiskrim ni bukan aiskrim biasa, saya gunakan gelato. Aiskrim gelato yang kita guna tak ada bahan tiruan dan aiskrim ini juga tiada telur. Jom kita belah tengah, tengok apa dalam dia,” katanya.
Auntie Ja kemudian belah kepada dua bahagian aiskrim tersebut menggunakan pisau bagi menunjukkan bahagian dalam hidangan tersebut kepada ramai.
Pada video tersebut, terdapat tiga makanan yang terkandung dalam aiskrim berkenaan iaitu brownies di bahagian bawah, coklat cair di bahagian tengah dan diakhiri oleh aiskrim itu sendiri.
“Dekat dalam aiskrim Suka Dessert ni, kita ada brownies yang tak dipenyet-penyet. Dekat bahagian tengah, ada coklat. Jadi sesiapa yang tak makan manis, disarankan tidak membeli aiskrim ni sebab ada coklat cair yang diimport.
“Dan aiskrim ni, saya guna aiskrim gelato. Nampak tak, dia tak berais. Sebab tu saya panggil dia 3 Phase Ice Cream sebab dia ada aiskrim, dia ada coklat cair dan brownies,” jelasnya.
Dalam pada itu, Auntie Ja turut memaklumkan aiskrim tersebut telah pun mula dijual di kafe Suka Dessert namun jumlah hidangan tersebut terhad di kafe.
Artikel lain: Jual aiskrim RM18, ramai sedar bukan target market Suka Dessert
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminatnya yang menyokong harga jualan aiskrim tersebut kerana barangan yang digunakan juga sudah mahal.
Ni mesti tak pernah makan Inside Scoop
Aiskrim Suka Dessert mahal? RM18 je pun
Namun begitu, ada juga yang berpendapat hidangan itu masih mahal dan dengan RM18, mereka boleh membeli lebih banyak aiskrim lain.
Gigih nak bagitau kenapa mahal
Tetap mahal
Sebelum ini, Suka Dessert telah melancarkan aiskrim tersebut namun telah menerima kecaman ramai susulan harganya yang dianggap tidak masuk akal.
Menurut wargamaya sebelum ini, mana-mana yang tidak mampu untuk membeli manisan itu bukanlah pembeli yang disasarkan atau target market Suka Dessert.
Sumber: TikTok Suka Desert
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source