Baru 25 tahun, pelakon Marc Syahmie tak sangka hidap kanser testis tahap dua
Pelakon Marc Syahmie tak sangka hidap kanser testis tahap dua selepas didignos pada 20 Oktober lalu.
Menerusi perkongsian pelakon baharu berusia 25 tahun itu, dirinya sama sekali tidak menyangka sakit tulang belakang dan bengkak testis yang dialaminya adalah simptom kepada kanser testis.
Apa yang membuatkan pemilik nama Ahmad Syahmie Mahuyidin tidak menyangka apabila keluarganya tidak mempunyai sejarah kanser termasuk dirinya seorang yang aktif bersukan.
“Mengapa saya, sedangkan saya masih muda”.
“Jadi terduduk juga apabila doktor mengesahkan saya ada kanser.
“Namun, sakit adalah penghapus dosa, jadi saya reda dengan ujian paling berat saya alami pada tahun ini,”kongsi Syahmie.
Artikel lain: Disahkan hidap kanser tahap empat, Lan Zailan mahu lawan penyakit tanpa kemoterapi
Marc Syahmie tak sangka hidap kanser
Pun begitu. Syahmie memanjatkan kesyukuran apabila kansernya dikesan pada peringkat awal dan belum merebak pada bahagian badan yang lain.
Dalam tempoh sebulan selepas disahkan kanser, Syahmie terus melakukan pembedahan membuang sel kanser di testis kirinya dan menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM).
“Saya hanya melakukan sekali sahaja rawatan kimoterapi menggunakan dos paling tinggi.
“Walaupun sekali, saya tetap alami kesannya seperti rambut gugur dan keletihan melampau.
“Tetapi dalam tempoh seminggu rawatan dengan penjagaan makanan yang ketat, saya kembali sihat dan telah pun mula bekerja,” katanya lagi.
Sebar kesedaran
Sementara itu, pemenang tempat kedua program pencarian bakat Fit For Action di TV3 pada 2022 ini juga merasa bertanggungjawab untuk berkongsi perjalanan kanser tersebut demi memberi kesedaran kepada orang ramai.
“Jujur, mulanya saya rasa malu kerana sedar pelbagai stigma akan bermain difikiran orang, tetapi jika saya tidak kongsi mengenainya orang tidak akan tahu.
“Kanser testis boleh menyerang lelaki yang berusia 25 tahun ke atas dan jika dapat dikesan lebih awal akan dapat menyelamatkan nyawa serta memberi kualiti kehidupan yang lebih baik.
“Saya buang rasa malu supaya lebih ramai lelaki tahu tentang kanser testis. Jika ada rasa abnormal pada badan, tolong lakukan pemeriksaan di hospital. Jangan jadi seperti saya yang berada dalam fasa penafian (indenial) selama setahun,” luah Syahmie.
Untuk pengetahuan, Marc Syahmie pernah membintangi drama Geng Daddy Daddy, Cinta Kedua, Keria Women, Bintang GV Dikejar Zombie, Hati Terpaut Sayang dan terbaharu Skuad X: Dari Jalanan Ke Perjuangan yang sedang bersiaran di slot Lestary TV3.
Selain berlakon, Syahmie juga kini sedang melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda jurusan Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.
Sumber: Instagram marcsyahmie
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source