Peguam tawar khidmat percuma, ibu bapa Adham tak perlu bayar kos guaman
Peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menawarkan khidmat percuma kepada bapa Muhammad Adham Mikail iaitu Safwan Roshdy bagi menuntut pembelaan buat arwah anaknya.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai menerusi laman Facebooknya yang memberitahu Safwan tidak perlu bimbang berkaitan kos yuran guaman.
Katanya, Zaharil Muhaiyar bersedia membantu ibu bapa Adham Mikail atas dasar kemanusiaan demi mendapatkan keadilan arwah.
Ibu bapa Adham tak perlu bayar
“Tak perlu bayar kos yuran guaman, saya bantu ibu bapa baby Adham kerana saya orang Melayu,” ujarnya.
Untuk makluman, Safwan Roshdy telah membuat laporan terhadap hospital swasta berkenaan di balai polis Kota Damansara pada jam 2.15 pagi tadi ditemani wakil peguamnya, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Dia memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan mereka.
Ahmad Zaharil turut berkata sekiranya netizen yang terlibat gagal untuk bertindak demikian, mereka akan berhadapan dengan tindakan saman.
Ibu bapa Adham tak perlu bayar
Artikel lain: Peguam mahu bantu ibu bapa Adham Mikail, bakal saman pihak terlibat
Menurutnya, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa pemilik akaun media sosial yang melemparkan fitnah terhadap anak guamnya termasuk dakwaan tidak berkahwin.
Beliau menjelaskan, semakan status sijil perkahwinan anak guamnya itu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) mendapati sijil itu sah.
Terdahulu, kecoh di media sosial jenazah bayi Muhammad Adham Mikail dibekukan oleh sebuah hospital swasta selama dua minggu kerana bapanya tidak mampu melunaskan bil rawatan berjumlah RM3,600.
Isu tersebut bertambah buruk apabila bapa Adham Mikail mendakwa pihak hospital telah menghina anak mereka yang dilahirkan tidak cukup sifat iaitu hanya mempunyai satu mata, tiada hidung dan tiada saluran lubang najis.
Bagaimanapun, Hospital Bersalin Razif (HBR) menerusi kenyataanya menjelaskan, dalam masa sama ibu bayi tersebut juga dalam keadaan sihat serta dibenarkan keluar dari wad.
Katanya, permit pengebumian telah ditandatangani dan doktor memaklumkan kepada suami untuk menguruskan pengebumian pada keesokan harinya.
Sumber: Facebook @Mr Wan Cai Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source