Pilih Kereta Sesuai Ikut Gaji, 3 Formula Ini Berguna Agar Tak Terbeban Setiap Bulan!
Setiap anak muda mengimpikan untuk memiliki kenderaan sendiri bagi memudahkan kehidupan mereka, lebih-lebih lagi buat individu yang sudah bekerja.
Namun begitu, dek kerana keghairahan ingin memiliki kereta sendiri, korang perlu tahu model kereta apa yang sesuai dibeli mengikut kemampuan pendapatan bulanan.
ARTIKEL BERKAITAN : Amir Ahnaf Beli Kereta 4×4 Pada Usia 24 Tahun, Netizen Pula Sempat Berseloroh
Ini 3 Formula Untuk Pilih Kereta Yang Sesuai Dengan Gaji
Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (@ammarFRS), individu ini berpendapat membeli kereta bukan hanya sekadar perlu membayarnya setiap bulan.
Ini kerana terdapat beberapa kos tersembunyi yang perlu diambil berat juga seperti:
- Kos minyak
- Cukai jalan
- Insurans kereta
- Parkir
- Tol
- Servis
- Kerosakan kereta yang tidak dijangka
Jadi sebelum membeli kereta, penting untuk anda membuat kira-kira terlebih dahulu bagi mengetahui jenis kereta yang sesuai dengan kategori gaji masing-masing.
Bagi membantu anda yang bercadang untuk membeli kereta, berikut adalah tiga formula yang boleh membantu iaitu:
Formula 1: The Golden Annual Salary Rule
Formula ini memerlukan anda mengira jumlah gaji tahunan untuk mengetahui harga maksimum kereta yang boleh sesuai untuk dibeli.
Harga maksimum kereta = Gaji tahunan atau kurang.
Sebagai contoh, gaji bulanan anda adalah RM3,000 sebulan. Kemudian jumlah ini didarabkan dengan 12 bulan dan anda akan mendapat jumlah RM36,000 untuk gaji setahun.
Jadi ‘target’ kereta anda perlulah berada dalam lingkungan RM36,000 atau kurang.
Formula 2: The 15% Monthly Payment Rule
Formula ini pula menekankan bahawa maksimum bayaran bulanan kereta adalah 15% daripada gaji bulanan.
Sebagai contoh, gaji RM3,000 setiap bulan didarab dengan 15% dan anda akan mendapat jumlah RM450 sebagai bayaran bulanan bagi komitmen kereta.
Bagi jumlah ini, antara pilihan kereta yang boleh dibuat adalah:
- Perodua Axia (RM23,000 – RM34,000)
- Proton Saga Standard (M) (RM35,000)
- Proton Saga Terpakai (2 hingga tahun)
- Perodua Myvi Terpakai (4 hingga 5 tahun)
Formula 3: The Down Payment Strategy
Jumlah minimum untuk bayaran muka (down payment) adalah 20% daripada jumlah kereta. Tetapi kalau boleh, lebih baik bayar wang muka sebanyak 30% jika berkemampuan.
Sebagai contoh, harga kereta berjumlah RM50,000 akan memerlukan anda membuat bayaran RM10,000 sebagai bayaran muka dengan peratusan 20%.
Foa, buying car bukan just about monthly installment.
Ada banyak hidden costs yang kita kena consider:
Petrol
Insurance & road tax
Parking
Tol
Regular maintenance & service
Emergency repairsFor those yg tengah fikir nak beli kereta apa tu, use this formula: pic.twitter.com/YJWLSzNPjT
— ammarfaris (@ammarFRS) December 11, 2024
BACA LAGI : Lelaki Ini Kongsi 8 Sebab Kenapa Ramai Individu Minat Beli Kereta Warna Putih
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
The post Pilih Kereta Sesuai Ikut Gaji, 3 Formula Ini Berguna Agar Tak Terbeban Setiap Bulan! appeared first on Remaja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source