Ratu Farah dedah pernah jadi rebutan, kegilaan pelajar lelaki ketika zaman sekolah
Baru-baru ini, personaliti media sosial, Ratu Farah dedah pernah jadi rebutan lelaki sewaktu di sekolah ketika menjadi tetamu di dalam satu sesi podcast.
Menerusi sesi podcast itu, dia yang dikenali Ratu Farah Diva ditanya mengenai momen sewaktu dirinya masih di bangku sekolah.
Ratu Farah dedah pernah jadi rebutan
Menjawab kepada soalan yang diajukan, wanita berusia 29 tahun itu mendedahkan dirinya sering menjadi rebutan lelaki dek kerana rupa paras yang cantik.
“Saya selalu kena kacau dengan lelaki.
“Saya kalau pergi mana-mana dengan kawan saya (Anis), saya pergi kantin, selalu ada sekumpulan lelaki suka kacau saya.
“Sampai kawan saya kata ‘kau nampak penumbuk aku, kau kacau Farah siap kau’.
“Lelaki kacau saya, contoh macam ‘Hai Farah, comelnya Farah hari ini. Cantiknya,”dedahnya.
Artikel lain: Takkan nak kena tunjuk? Intan Najuwa penat dituduh tak basuh pakaian bayi
Bahkan, mengakui dirinya menjadi kegilaan pelajar lelaki dan sering diganggu.
Dalam pada masa yang sama, dia turut sempat meluahkan hasrat mahu menceburi bidang lakonan dan berkata banyak lagi perkara orang ramai tidak tahu mengenai dirinya.
“Sebenarnya kecaman-kecaman ni saya tak kisah pun sebab apa kecaman ni sebenarnya adalah untuk kita bangkitkan diri kita,”ujar Ratu Farah.
Sekadar info, Ratu Farah mula dikenali dengan memuat naik konten ‘pickup line’ bersama beberapa selebriti tempatan.
Sumber: TikTok cikidotchannel_
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source