Netizen sinis, gadis tak mahu date lelaki Kelantan- “Khairul Aming nak pula..”
Sekumpulan gadis tak mahu date lelaki Kelantan telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di platform X sejak semalam.
Menerusi satu video tinjuan dibuat seorang wanita, dia telah menemu bual beberapa individu mengenai lelaki dari mana mereka akan ‘date’ atau keluar bersama untuk menjalinkan hubungan serius.
Tak mahu date lelaki Kelantan
Bagaimanapun, kebanyakan wanita yang ditemu bual itu memberikan pendapat yang sama iaitu tidak mahu bersama lelaki berasal dari Kelantan.
Dalam video yang sama, ada juga seorang individu menyatakan dirinya tidak mahu bersama lelaki dari Kelantan termasuk Kelantan.
Ketika disoal mengenai alasan, mereka menyatakan tidak mempunyai sebab tertentu mengapa lelaki Kelantan tidak menjadi pilihan hati kecuali faktor bahasa dan lokasi yang jauh.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sendiri selain mendengar ‘kata-kata’ orang lain tentang individu dari negeri terbabit.
Artikel lain: Kahwini wanita Kelantan, lelaki raih RM2 juta setahun jual Nasi Kerabu di London
Khairul Aming takpa
Perkongsian video itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Mereka juga berpendapat sikap seseorang tidak mempunyai kaitan dengan negeri seseorang kerana ia bergantung kepada diri sendiri.
Selain itu, ada juga seolah-olah mempersoal sama ada personaliti media sosial, Khairul Aming yang menjadi pilihan ramai sebenarnya berasal dari Kelantan atau sebaliknya.
Apa-apa pun memang tak patutlah mudah jatuh hukum kerana dia orang Kelantan atau tidak. Sikap dan sifat seseorang itu sebenarnya bergantung pada individu itu.
Sumber: X bckupacc99
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source