Caprice cadang Kim Seri buat loan dengan Mara
Kasihan dengan nasib yang menimpa terhadap mangsa, penyanyi rap, Caprice berhubung dengan influencer kontroversi, Kim Seri untuk mendapatkan penjelasan berkaitan isu bayaran tertunggak pelanggan yang menggunakan servis pelancongannya ke Korea Selatan.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata Kim Seri enggan untuk mendedahkan apa yang telah berlaku terhadap wang pelanggan yang diterimanya sebelum ini.
Katanya lagi, Kim Seri dikatakan tidak mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk memulihkan semula pernigaannya yang kian merundum.
Caprice cadang Kim Seri buat loan
Perkongsian tangkap layar perbualan antara Caprice dan Kim Seri
Perkongsian tangkap layar perbualan antara Caprice dan Kim Seri
“Ramai dah direct message cap pasal kes Kim Seri, Cap sempat hubungi dengan dia untuk dapat penjelasan dan cuba bantu mangsa-mangsa.
“Cuma she doesnt want to explain what happened to all the customers money.
“Bagi Cap, dia ibarat gali lubang baru, untuk cover lubang lama guna duit customer baru, untuk bayar balik customer lama. Cashflow business dah tak ada, jadi dia cuba rolling dengan payment customers,” katanya dalam sebuah hantaran di laman Instagram, hari ini.
Artikel lain: Polis sahkan terima lima laporan penipuan pakej pelancongan Kim Seri!
Perkongsian tangkap layar perbualan antara Caprice dan Kim Seri
Perkongsian tangkap layar perbualan antara Caprice dan Kim Seri
Sementara itu, Caprice berharap kes yang melanda terhadap pempengaruh tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Malah, dia juga memberi cadangan kepada ibu tunggal tersebut untuk membuat pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebagai inisiatif untuk membayar tunggakkan duit pelanggan.
“Cap harap kes ni dapat settle cara mudah. But from what i see realistically, she will need a loan to restart her business.. and then to pay back all her customers. Cuba Kim tanya Mara atau apply loan Mara, mana tahu boleh bantu dapat loan,” ujarnya lagi.
Kim Seri turut memohon ruang kepada orang ramai dan akan membuat siaran secara langsung di platform media sosial dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara yang berlaku.
Caprice cadang Kim Seri buat loan
Perkongsian tangkap layar perbualan antara Caprice dan Kim Seri
Terdahulu, nama Kim Seri menjadi bualan hangat ramai apabila dia dituduh sebagai ‘scammer’ selepas gagal membayar hutang tertunggak yang mengambil pakej percutian di bawah syarikatnya.
Pun begitu, Kim Seri memohon maaf secara terbuka dan memberi jaminan kepada pelanggannya untuk melunaskan bayaran tertunggak tersebut dalam tempoh dua bulan.
Terbaharu, polis sahkan terima lima laporan berhubung dakwaan menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan yang dikendalikan oleh pempengaruh tersebut.
Seramai 10 individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan oleh Kim Seri yang menawarkan pakej selama lima hari dengan harga kira-kira RM4,000.
Sumber: Instagram @Capricedaddycap
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source