Hidap Kanser Testis Pada Usia 25 Tahun Tidak Halang Marc Syahmie Capai Impian Sebagai Pelakon
Pelakon baharu, Marc Syahmie, tidak menyangka sakit tulang belakang yang dialami hampir setahun dan bengkak di sebelah testis merupakan simptom kanser testis.
Syahmie, atau nama sebenarnya Ahmad Syahmie Mahayudin, terkejut apabila disahkan doktor menghidap kanser testis tahap dua pada usia 25 tahun.
Menurutnya, keluarga juga terkejut, namun selepas merenung kembali, dia berlapang dada dan menerima takdir.
ARTIKEL BERKAITAN: Kaleidoscope 2.0: Konsert Epik Gabungan Bakat Muda UiTM & Penyanyi Tanah Air Pada Januari 2025 Ini!
“Saya terduduk juga apabila disahkan ada kanser. Dalam hati tertanya-tanya kenapa saya, sedangkan saya masih muda dan tidak ada sejarah sakit kanser dalam keluarga.
“Sakit adalah penghapus dosa, saya mula berdamai dengan takdir,” katanya.
Syahmie bagaimanapun bersyukur kerana kansernya dikesan pada peringkat awal, sebelum ia merebak ke bahagian lain tubuh. Sebulan selepas disahkan, dia menjalani pembedahan membuang sel kanser di testis kiri dan rawatan kimoterapi.
“Alhamdulillah, saya hanya perlu melakukan kimoterapi sekali sahaja menggunakan dos paling tinggi. Walaupun kesannya pada badan, saya rasa loya dan keletihan,” ujarnya.
Namun, selepas seminggu, Syahmie kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan doktor memberi jaminan bahawa dia akan sembuh sepenuhnya kerana usianya yang masih muda.
Meski kanser testis sering dikaitkan dengan stigma negatif, Syahmie merasa terpanggil untuk berkongsi pengalamannya.
“Jujur, mulanya saya rasa malu sebab kanser testis. Pelbagai stigma akan bermain difikiran orang, tetapi jika saya tidak kongsi mengenainya, orang tidak akan tahu.
“Kanser testis boleh menyerang lelaki 25 tahun ke atas dan jika dikesan awal, nyawa dapat diselamatkan,” katanya.
Dia turut menasihati lelaki untuk segera menjalani pemeriksaan jika merasakan ada sesuatu yang tidak normal pada tubuh mereka.
Biarpun telah menjalani pembedahan membuang testis kiri, Syahmie menegaskan bahawa dia masih boleh menjalani kehidupan normal, termasuk berkahwin dan memiliki anak.
“Dengan teknologi sekarang, kualiti hidup bekas pesakit kanser jauh lebih baik. Doktor memberi jaminan saya akan pulih sepenuhnya dalam setahun,” jelas Syahmie, yang juga merupakan model koleksi kasual jenama Rico Rinaldi.
Syahmie yang mula dikenali melalui program pencarian bakat Fit For Action di TV3 pada 2022, terus menceburi dunia lakonan dan kini aktif membintangi beberapa drama.
Antaranya, Geng Daddy Daddy, Cinta Kedua, Keria Women, Bintang GV Dikejar Zombie, Hati Terpaut Sayang, dan yang terbaharu, Skuad X: Dari Jalanan Ke Perjuangan, yang sedang bersiaran di slot Lestary TV3.
Selain berlakon, Syahmie juga melanjutkan pengajian dalam jurusan Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Meski berhadapan dengan kanser, Syahmie tetap bersemangat untuk meneruskan impian.
“Kanser bukan penamat kehidupan, ia menjadikan saya lebih bersyukur dan memandang kehidupan dari sudut berbeza.
“Saya diberi peluang kedua dan akan menggunakan ‘masa’ sebaiknya untuk meneruskan karier seni,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source