Siti Elizad syukur, tak pernah dimarahi suami sepanjang 10 tahun berkahwin
Pelakon Siti Elizad meluahkan rasa syukur apabila tak pernah dimarahi suaminya, Shamsul Baharin Rahman sepanjang 10 tahun berkahwin.
Menurut laporan Harian Metro, Siti Elizad atau nama lengkapnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin menghargai segala nikmat yang dikurniakan Allah meskipun diuji tidak mempunyai zuriat.
Tak pernah dimarahi suami
Artikel lain: Sedar kekurangan diri, Siti Elizad reda jika suami kahwin lain
“Allah itu maha adil. Dia sudah menyusunkan takdir kita sebaiknya. Walaupun saya masih tidak diberikan rezeki anak, tetapi Allah bagi saya hubungan rumah tangga yang tenang.
“Saya dapat tengok, Allah dah bagi semua. Salah satu di antaranya, sepanjang 10 tahun perjalanan saya dengan suami (dalam rumah tangga), cerita yang betul adalah saya tak pernah dimarahi oleh suami.
“Malah, kami tidak pernah bergaduh besar. Tapi, bila saya berjumpa dengan kawan-kawan ada yang meluahkan mereka bergaduh dengan suami, tak bercakap dengan anak. Saya pula tak ada pengalaman itu,” katanya.
Tak pernah dimarahi suami
Apa yang menyentuh hati, pelakon drama Lambaian Ramadan ini sudah menyediakan bilik untuk anak-anak yang lengkap dengan barangan seperti katil bertingkat namun, sudah semuanya sudah diberikan kepada rakan-rakan.
Katanya, dia berbuat demikian kerana enggan untuk meratap kesedihan dan mahu meneruskan kehidupan bahagia bersama suami tersayang.
“Sebenarnya, saya sudah lama menyiapkan bilik untuk anak-anak di rumah dengan kelengkapan katil bertingkat sebab fikir akan ada anak ramai nanti, sepanjang 10 tahun ini.
“Namun, hingga kini impian saya memiliki anak sendiri belum dimakbulkan oleh Allah dan saya buat keputusan memberikan katil itu kepada kawan-kawan. Saya tidak mahu berterusan rasa sedih,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sebanyak dua kali namun, dia alami keguguran dan rezeki zuriat belum lagi memihak kepadanya.
Elizad dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.
Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source