12 Perkara Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu Tentang Jangkitan Kuman Semasa Bulan Disember!
Bulan Disember adalah bulan tengkujuh yang membawa bersama hujan lebat dan risiko jangkitan kuman yang semakin meningkat, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam tempoh ini, kemasukan pesakit ke wad kanak-kanak telah meningkat hampir 300%, dengan kes-kes jangkitan seperti RSV, Influenza A/B, dan Mycoplasma pneumoniae melonjak tinggi.
Menurut Assoc. Prof. Dr Rashdan Zaki bin Mohamed, Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Endokrinologi, KPJ DSH2, jangkitan virus dan bakteria ini menyebabkan demam berlarutan dan gangguan pernafasan yang memerlukan perhatian segera. Ibu bapa perlu faham bahawa rawatan bergantung kepada jenis dan lokasi jangkitan, serta pentingnya pencegahan melalui kebersihan dan penghindaran daripada kontak dengan individu yang tidak sihat.
“Disember! Bulan air bah, bulan tengkujuh dengan hujan mencurah-curah, juga bulan yang menyaksikan lambakan kes jangkitan kuman di kalangan kanak-kanak. “
“Saya sendiri melihat pola kemasukan ke wad kanak-kanak kami hampir naik 300%
12 perkara yang ibu bapa perlu ambil tahu adalah:
1. RSV = Respiratory syncytial virus
Kes RSV melonjak tinggi. Jangkitan kuman RSV membawa kepada demam panas berlarutan dengan gejala pernafasan
2. Selain RSV, kuman-kuman virus dan bakteria lain termasuk COVID-19, Influenza A/B, Mycoplasma pneumoniae, Haemophilus influenza dll juga meningkat
3. Ada juga jangkitan kuman virus (virak fever) yang tidak dapat dikenalpasti dengan calitan RV4Ag atau PCR33, memerlukan kemasukan ke wad untuk hidrasi
4. Bila bercakap berkenaan jangkitan kuman, ibu bapa harus faham sekurangnya 3 aspek
4.1 Jenis jangkitan kuman – virus atau bakteria
4.2 Lokasi jangkitan kuman – tekak, peparu,
4.3 Aspek perawatan
5. Jenis jangkitan kuman – biasanya virus. Kebanyakan virus tiada rawatan spesifik, manakala jangkitan kuman bakteria biasanya memerlukan antibiotik. Dan tak mustahil ada jangkitan silang keduanya
6. Untuk lokasi jangkitan kuman, terma seperti
Tonsillitis, pharyngitis, bronchitis, bronchiolitis, pneumonia, UTI merujuk kepada punca jangkitan kuman
7. Sebagai contoh,
Jangkitan kuman tonsils biasanya bergejala sakit tekak
Jangkitan kuman peparu/bronchitis/pneumonia biasanya ada gangguan pernafasan
8. Untuk 6 dan 7, ujian darah, calitan, xray dll akan membantu doktor membuat keputusan jenis & punca/lokasi jangkitan
9. Dari segi aspek rawatan, saya suka terangkan kepafa ibu bapa
9.1 Rawatan spesifik
9.2 Rawatan sokongan
10. Rawatan spesifik
Kebanyakan virus tiada rawatan spesifik, kecuali influenza yang boleh menerima ubat oseltamivir. Bakteria pula dirawat dgn antibiotik. Sungguhpun begitu, biasanya virus yang mengjangkiti seoramg anak, maka, tidak semua pesakit perlu antibiotik (untuk elak kerintangan antibiotik, pemberian antibiotik harus ada indikasi dan bukan diberi sewenang-wenangnya)
11. Rawatan sokongan termasuk Infusi drip intravena untuk hidrasi
Ubat demam / batuk / selsema untuk rawatan gejala
-Nebuliser
-Fisioterapi
12. Pencegahan
Elak pendedahan dan penularan jangkitan kuman dengan menjaga kebersihan diri, pemakaian topeng muka dan elak mereka yang tidak sihat dari bersentuhan dengan kanak-kanak.
Semoga ini menjadi manfaat bersama
Sumber: Rashdan Mohamed
The post 12 Perkara Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu Tentang Jangkitan Kuman Semasa Bulan Disember! appeared first on Pa&Ma.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source