Cinta sejati! Wanita buta mata sebelah sanggup kayuh basikal demi ziarah kubur suami
Tular satu video memaparkan seorang wanita buta mata sebelah yang sanggup kasuh basikal demi ziarah kubur suaminya.
Menerusi satu hantaran di TikTok, shaznie85 telah memuat naik satu rakaman memaparkan ibunya yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menziarahi kubur arwah bapanya.
Wanita buta mata sanggup ziarah kubur suami guna basikal
Shaznie yang mengekori ibunya yang sedang mengayuh basikal menggunakan kereta berkata ibunya yang berusia 66 tahun buta sebelah mata, manakala satu lagi matanya hampir buta disebabkan penyakit kencing manis.
Bagaimanapun, ibunya itu tidak pernah terlepas untuk menziarahi kubur arwah suaminya setiap hari sehingga menyebabkan kerisauan dalam diri Shaznie.
“Tapi mak tak pernah terlepas pergi ziarah kubur abah. Saya risau sebab dia naik basikal pun tepi-tepi je sebab mata tak nampak.
“Saya tahu mak terkilan sebab dia tak sangka abag akan pergi secepat ini. Dan saya tahu rindu itu berat. Semoga Allah temukan kembali mereka di syurga,” katanya.
Sementara itu, menerusi ruangan kapsyen, Shaznie terus berkongsi ketika bapanya masih hidup, dia seringkali memanjakan ibunya.
“Abah manjakan mak. Mak tak pernah keluar rumah tanpa abah, bawang sebiji pun abah belikan. Sebab tu mak terasa sangat bila abah dah tak ada.
“Semoga Allah berikan saya peluang utnuk jaga mak sampai akhir hayat dan pengajaran untuk saya, hargailah orang yang ada dengan kita sebab kita tak tahu bila Allah akan ambil mereka kembali,” luahnya.
Artikel lain: Baru 6 tahun, bapa terkejut anak order makanan senyap2 guna nama isteri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak disamping turut berkongsi rasa kerinduan mereka terhadap keluarga yang sudah tiada.
Wanita buta mata sebelah sanggup kayuh basikal demi arwah suami, sedihnya….
Air mata laju mengalir
Kirim salam kat mak, semoga sihat selalu
Laju nangis, teringat ayah
Dalam pada itu, Shaznie turut menjelaskan persoalan ramai mengapa dia tidak membawa ibunya menaiki kereta dan berkata itu merupakan wanita itu untuk menenangkan diri.
Ini cara mak nak pulih
Wanita buta mata sebelah kayuh basikal, ini cara mak dia healing
Semoga mak cik ni dipanjangkan umur dan diberika kesihatan…..
Sumber: TikTok shaznie85
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source