Isteri Along Cham akui tertekan, tetap bersama, berjuang nasib suami
Isteri Along Cham akui tertekan selain mengenangkan nasib suaminya yang juga pelakon dan pelawak yang kini didakwa atas pertuduhan dadah.
Afreena Suhaimi berkata, walaupun keadaan emosinya agak tertekan, namun dia mahu terus kuat dan melawan kepenatan yang dirasai demi memperjuangkan nasib suami.
“Sudah tentu saya akan penat dengan situasi yang berlaku ketika ini tetapi saya perlu kuat untuk anak-anak.
“Macam mana sekali pun, saya perlu menjalani situasi ini.” katanya ketika ditemui selepas prosiding kes.
Isteri Along Cham akui tertekan
Afreena berkata, dia akan tetap mempertahankan suaminya walau apa jua keadaan sekalipun,
Tegasnya, tiada seorang isteri mahu melihat suaminya jatuh tersungkur dan berada dalam kesusahan.
“Saya nak orang tahu, Along Cham atau Muhammad Nizamudin Ahmad tetap suami saya. Saya akan sentiasa dengannya dalam apa jua keadaan.
“Saya akan berjuang dengan dia dan akan mempertahankan hak dia.Tiada isteri yang hendak lihat suami dia jatuh dan dalam kesakitan.
“Biy (Along), saya tahu perasaan kamu saat berada di dalam. Bertahanlah, saya berjanji awak akan keluar dan kita akan hidup bahagia bersama,” kata Afreena lagi.
Sementara itu, peguam Mohd. Fadly Hashim yang mewakili Along Cham menyifatkan anak guamnya itu sebagai individu yang kuat.
Sebelum ini, Afreena menerusi sesi siaran langsung di Instagram menjelaskan tentang keadaan sebenar ketika kejadian berlaku sekaligus mendakwa bahawa suaminya itu menjadi mangsa penganiayaan.
Artikel lain: Along Cham mengaku tak bersalah, dituduh miliki 58.23 gram bahan terlarang
Terdahulu Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis lebih 60gram minggu lalu.
Pelawak berusia 41 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman dan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Sumber: Kosmo! Online (Nuzulsham Shamsuddin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source