Siap berselempang, Sharifah Shahirah & suami kini bergelar ‘datuk’
Selebriti serba boleh, Sharifah Sakinah mengumumkan dia kini sudah bergelar nenek selepas anak sulungnya, Tallisya selamat melahirkan anak, hari ini.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah cara aktres berusia 50 tahun itu mengumumkan berita gembira di media sosial.
Sharifah Shahirah, suami bergelar ‘datuk’
Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera dilihat bersama suaminya yang juga pelakon, Ijoy Azari siap memakai selempang seperti menerima anugerah gelaran Datuk di istana.
“Giliran kami pula dapat ‘datuk’ di hospital di Kuantan Pahang. Tahniah Datuk Ijoy. Selempang dah sama dengan jalan raya.
“Allah bagi rezeki jadi Datuk. Siapa suruh kahwin dengan aku. Dapatlah gelaran datuk. Orang lain ambil gelaran itu di istana, kami ambil di hospital,” tulis Shiera.
Tahniah Datuk dan Nenek!
Meninjau di ruangan komen, ramai meninggalkan ucapan tahniah selain turut terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Shiera di Instagram.
Artikel lain: Ramai wanita pernah cuba dekati Ijoy, tapi saya tak ‘serang’ – Sharifah Shahirah
Sumber: Instagram shieraijoy
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source