“Terima kasih Allah..”- Lana Nodin syukur, rezeki dapat cium Hajar Aswad dua kali
Pelakon Lana Nodin syukur apabila diberi peluang mencium Hajar Aswad buat kali kedua ketika melakukan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Lana atau nama sebenar Mazlina Hasan Nodin berkongsi pengalamannya menunaikan ibadah umrah bersama suami dan anak-anak menerusi beberapa hantaran di Instagram.
Menurut aktres berusia 46 tahun, dia berpeluang mencium Hajar Aswad dengan mudah dan dalam keadaan yang cukup menenangkan.
“Alhamdulillah, rezeki Jumaat kali kedua dapat cium Hajar Aswad dengan tenang.
“Alhamdulillah, Alhamdulillah. Terima kasih Allah,”katanya di Instagram pada Jumaat.
Lana Nodin syukur
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet turut bersyukur kerana ibu kepada dua cahaya mata itu diberikan dua kali peluang untuk mencium Hajar Aswad.
Artikel lain: Lana Nodin bawa keluarga tunai umrah secara DIY – “Semoga perjalanan ini mendapat hidayah..”
Pada 12 Disember lalu, Lana memaklumkan dia dan suami iaitu Mohd Daud McKienzie serta dua anak mereka iaitu Gia Quinn Mckienzie, 8, dan William Daud Mckienzie, 5, berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.
Lana juga meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk mengerjakan umrah tanpa menggunakan mana-mana agensi atau pakej yang tersedia ada.
Sumber: Instagram Lana Nodin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source