Bapa masih berbaju kerja tinggalkan tugas sekejap demi anak nak ambil STPM
Seorang bapa masih berbaju kerja mencuri tumpuan apabila menyempatkan diri untuk menghadiri program sekolah demi anaknya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok Ceo Motivasi, dapat dilihat seorang bapa yang duduk di samping anak perempuannya sebak sewaktu program berkenaan berlangsung.
Bapa masih berbaju, tetap luang masa demi anak
Menerusi kapsyen yang disertakan, kakanneomey atau Ceo Motivasi memaklumkan dirinya berasa hiba apabila melihat kegigihan seorang bapa yang meluangkan masa untuk anak tersayang walaupun ketika itu sepatutnya dia sedang bekerja.
Ujarnya, air mata yang jatuh sewaktu program berlangsung mungkin kerana begitu tersentuh dan ada sesuatu yang dipendam serta dirasai sebagai seorang bapa.
Bapa masih berbaju kerja seorang ayah yang luar biasa
Susulan daripada itu, dia mendoakan agar urusan bapa masih berbaju kerja terbabit serta anaknya yang bakal menduduki peperiksaan SPTM kelak dipermudahkan.
Disebabkan video berkenaan tular, anak kepada lelaki separuh usia itu telah meninggalkan komen dengan menyatakan bahawa sangat berbangga mempunyai seorang ayah yang cukup penyayang.
Ujarnya, lelaki itu tidak pernah mengeluh dan berkira kepada anak-anak dan menganggap bapanya adalah seorang ayah yang cukup luar biasa.
Artikel lain: Anak meninggal kemalangan, bapa menangis naik pentas ambil sijil diploma arwah
Ayah yang hebat & bertanggungjawab
Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial apabila rata-rata turut tersentuh dengan momen yang anak berada itu.
Mereka juga mendoakan agar urusan pelajar dan bapanya dipermudah serta ada juga yang turut berkongsi kisah hampir sama dengan situasi tersebut.
Cemburu lihat seorang bapa yang bangga dengan anaknya
Ada yang punyai kisah hampir sama
Semoga anak-anak pak cik itu dapat membanggakan bapa serta keluarga lebih-lebih lagi melihat dari layanan yang penuh kasih sayang dari seorang insan bergelar ayah.
Sumber: TikTok kakanneomey
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source