Showcase macam konsert! ‘Misha Omar Back To Basic’ ubati kerinduan peminat
Penyanyi dengan vokal hebat, Misha Omar ubati kerinduan peminat dengan tampil dalam showcase ‘Misha Omar Back To Basic’ yang berlangsung pada Sabtu 21 Disember di Odeum, JioSpace, Petaling Jaya.
Pemilik nama sebenar, Samihah @ Aisah Omar, 43 betul-betul membuatkan para peminat pulang dengan perasaan puas hati apabila menampilkan persembahan cukup bertenaga, menghiburkan serta bervariasi.
Anak lelaki Misha Omar jadi tampil sebagai opener!
Dengan penampilan anak lelakinya, Muhammad Idris Ezzwa yang cukup petah membuka showcase pada malam itu membuatkan para hadirin begitu teruja menanti kemunculan Misha Omar di atas pentas.
Penyanyi tersebut memulakan konsert dengan menyampaikan lagu Cinta Adam dan Hawa serta Sembunyi sekaligus berjaya meningkatkan ‘mood’ peminat yang hadir.
Selepas itu, Misha telah mendendangkan deretan lagu-lagu ‘slow’ dari album pertama miliknya iaitu Debunga Cinta, Tiada Ruang Untukmu serta Halaman cinta sebelum menyampaikan lagu dari ost filem yang cukup berhantu, Ku Seru dan Pulangkan.
Misha Omar tampil berbeza dengan lagu-lagu ‘viral’
Penyanyi tersebut juga tidak ketinggalan menghiburkan para hadirin dengan lagu-lagu ‘viral’ apabila mencabar diri menari serta menyanyikan karya-karya dari negara ‘seberang’ yang kerap didengari oleh anak muda ketika ini seperti Ooops I did it again / Bye Bye Bye, C.h.r.i.s.y.e/ Badai Telah Berlalu/ Sialan/ Kupu-Kupu dan Ku Impikan (Dolla).
Dia juga turut berduet dengan penyanyi muda, Hariz Fayahet menerusi lagu Die With A Smile.
Beri penghargaan buat para ‘junior’ dalam industri
Apa yang menariknya, Misha atau biasa disapa Kak Mitch telah mengambil sedikit ruang di dalam showcase untuk memberikan penghargaan buat para ‘junior’ dalam industri seni apabila menyanyikan lagu Masing-Masing, Peluang Kedua dan Semalam secara medley di depan penyanyi-penyanyi asal yang turut datang memeriahkan lagi ‘Misha Omar Back To Basic’.
Paling dinanti para peminat!
Paling ditunggu sudah tentu lagu Bunga-bunga Cinta dan Sampai Bila yang didendangkan Misha dengan cukup istimewa buat para peminat sehingga masing-masing turut menyanyi sama.
Misha Omar menutupi showcase dengan lagu dari album pertama iaitu Semoga Abadi sebelum menerima standing ovation daripada semua kerana cukup berpuas hati dengan penampilannya.
Artikel lain: “Tu bukan saya” -Misha Omar minta usah risau, bukan dia penyanyi Kelantan yang ditahan
Showcase ‘Misha Omar Back To Basic’ telah dianjurkan oleh Double M Productions dan barisan tenaga produksi yang cukup kuat seperti pengarah muzik diketuai Ayob Azril, pengarah konsert (Jennifer Thomson), pengarah teknikal (Simon Khoo), pengarah vokal (Datuk Syafinaz Selamat) serta 9 pemuzik yang lain.
Pastinya showcase yang berjalan dengan baik ini menjadi medan ‘pemanasan’ buat Misha Omar serta peminat bagi menantikan sesuatu berskala lebih besar tahun hadapan. Nantikan!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source