Atikah Suhaime Pelik Isteri Disamakan Macam ‘Maid’ “Saya Masak Untuk Suami, Teman Suami”
Asalnya ada dua anak di dalam kandungan kembarnya. Namun yang mampu didakap kini hanya seorang kerana seorang lagi sudah pun berada di syurga.
Segalanya sudah ditentukan Allah. Perkongsian Puan Maizatunnajuwa daripada rancangan TV episod 8: Ujian Imbasan yang ke udara pada 7 Mei 2019, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Prima HD ini boleh dijadikan panduan buat ibu hamil tentang pentingnya melakukan ujian imbasan seiring perkembangan janin. Walau pun ia tidak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya boleh bersedia menerima sebarang kemungkinan.
Beberapa bulan perkahwinan, wanita ini telah disahkan hamil. Lebih menggembirakan lagi kandungan pertama ini kembar. Namun harapan untuk memeluk dua bayi ini tidak kesampaian apabila salah seorang tidak lagi bernyawa. Pada trimester ketiga, tiada degupan jantung dikesan. Kemudiannya bayinya itu disahkan meninggal dunia.
“Pada awal bulan Februari 2018, saya membuat ujian imbasan dan mendapati terdapat ada dua kantung. Saya terus tanya doktor, kandungan saya kembar ke? Doktor sahkan kandungan saya kembar. Saya terkejut, terkedu dan perasaan gembira.
MORNING SICKNESS TERUK
Seperti mana wanita hamil lain, Najuwa mengalami alahan tetapi disebabkan ia kandungan kembar morning sickness memang teruk. Semasa hamil di trimester kedua Najuwa juga pernah dimasukkan ke wad selama 5 hari kerana mengalami jangkitan kuman.
UJIAN IMBASAN TRIMESTER KETIGA
“Ketika membuat ujian imbasan semasa di trimester ketiga, semuanya dalam keadaan baik. Tetapi apabila pemeriksaan dengan doktor pakar, degupan jantung bayi pertama saya, Mateen Alhamdulillah jumpa dan OK. Tetapi ujian imbasan pada bayi kedua tidak dapat dikesan.
“Selepas itu doktor menasihatkan saya agar jaga & tengok minggu berikutnya jika sekiranya degupan jantungnya dikesan. Doktor juga turut berpesan agar saya menjaga pergerakan supaya tidak menjejaskan bayi pertama,” kata Najuwa mengimbas kembali detik sedih itu.
KEDUA-DUA BAYI TERBENTUK SEMPURNA
Ibu ini bagaimana pun sempat bertanyakan punca kepada doktor yang merawat. “Saya bertanya juga apa sebab dan puncanya. Doktor kata memang tak dapat dikesan awal kerana kedua-dua bayi terbentuk dengan sempurna. Ia mungkin berpunca daripada tali pusat atau punca-punca lain seperti komplikasi kepada dirinya sendiri.
TIGA HARI KEMUDIAN DISAHKAN MENINGGAL DUNIA
Namun Allah lebih menyayangi bayi kedua. Selepas tiga hari membuat ujian imbasan trimester ketiga, ibu ini mula merasa sakit pada ari-ari dan doktor mengesahkan bayinya meninggal dunia.
BERADA DI WAD SEHINGGA KANDUNGAN 35 MINGGU
Selepas itu, Najuwa diberi pilihan oleh doktor untuk ditahan di wad sehingga tiba waktu bersalin. “Doktor sarankan kami menunggu hingga 34 minggu. Sekiranya pada usia kandungan 34 hingga 35 minggu bayi masih dilahirkan, pembedahan perlu dilakukan.”
HANYA SEMPAT MELIHAT GAMBAR
“Sepanjang menjalani pembedahan, saya akhirnya dapat mendengar tangisan bayi pertama, Mateen. Doktor juga memberitahu bayi kedua dalam keadaan sempurna tapi tidak bernyawa. Saya hanya dapat melihatnya menerusi gambar, tidak dapat skin to skin touch dengannya, “ kata Najuwa kepada Pa&Ma.
Doktor juga memberitahu bahawa tali pusat bayi kembar kedua yang dinamakan Aathif berpintal atau terbelit sesama sendiri dengan Mateen. Dan ini adalah punca utama dia tidak dapat bertahan.
TERIMA SEADANYA SUPAYA HATI TENANG
Suami Najuwa juga turut menambah, pengalaman yang dilalui bersama isterinya sekiranya terjadi sesuatu kepada kandungan semasa hamil, terima seadanya supaya hati tenang dan tidak terbeban.
Meski pun ada episod duka dalam kelahiran anak sulung mereka, Najuwa dan suami tetap tabah meneruskan dengan si abang Mateen yang kini berusia 10 bulan.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ujian imbasan ketika hamil, boleh mengikuti siaran ulangan episod 8: Ujian Imbasan rancangan TV Pa&Ma di Astro Prima & Astro Prima HD jam 9 malam ini.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source