Barang Che Ta bernilai hampir RM1 juta bakal dilelong termasuk kereta SUV & perabot
Barang Che Ta bernilai hampir RM1 juta bakal dilelong termasuklah kereta utiliti sukan (SUV) jenis Haval susulan gagal membayar pinjaman Majlis Amanah Raya (Mara).
Memetik laporan dari HibGlam, wakil dari pihak Mara menjelaskan sepatutnya acara lelongan akan dibuat pada Selasa 24 Disember 2024, namun ditunda ke satu tarikh yang baharu.
Barang Che Ta akan dilelong kepada orang awam
Perkara itu dibuat susulan pihak Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan permohonan selebriti dengan nama sebenar, Rozita Che Wan untuk menangguhkan proses tersebut.
“Assalamualaikum, mahkamah sudah menangguhkan tarikh lelongan awam pada hari esok.
“Tarikh lanjut akan ditetapkan pada masa akan datang dan bergantung atas arahan mahkamah,” ujar wakil peguam pihak Mara.
Artikel lain: Che Ta pertikai kes jenayah selebriti ambil dadah disebarkan-“Penting sangat ke?”
34 Barang Che Ta akan dilelong termasuklah kereta SUV
Difahamkan, selain dari kereta SUV, 34 lagi barang termasuk perabot dan peralatan elektronik seperti peti ais, pendingin hawa, ketuhar, gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, vakum dan televisyen akan dilelong kepada orang awam.
Kredit foto: HibGlam
Terdahulu, kediaman pelakon tersebut telah diserbu oleh pegawai Mara, peguam dan pihak mahkamah susulan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Che Ta dipercayai telah membuat pinjaman Mara pada tahun 2017 dan sejak dari itu tidak pernah membayar pinjaman tersebut.
Pinjaman Mara berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd dengan Rozita dan anak lelakinya,Ammar Effendy, 28 sebagai penjamin.
Difahamkan, proses penfailan kebankrapan terhadap usahawan selebriti itu dan anak sulungnya sedang dijalankan.
Sumber: HibGlam (Shakilawati Abd Rahman)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source