Pemandu bas sempat berkali-kali minta anak pindah nama harta -“Tapi saya tolak”
Anak kepada pemandu bas persiaran yang meninggal dunia dalam nahas di Melaka semalam menyatakan bapanya beberapa kali meminta untuk menukar nama ke atas harta-harta yang dimiliki sebelum allahyarham meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Alor Gajah, Melaka.
Menerusi laporan video dari Malaysia Gazette, Mohamad Norzuhairi yang merupakan anak sulung allahyarham Noorisnien Khamid menyatakan dia sempat menolak permintaan tersebut kerana merasakan bapanya lebih memerlukan semua itu bagi menjalani kehidupan.
Anak pemandu bas tak sangka pesan bapa jadi permintaan terakhir
Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak sangka bahawa apa yang dipesan oleh bapa sewaktu kali terakhir bertemu Oktober lalu sewaktu majlis perkahwinan sepupu menjadi permintaan terakhir arwah.
“Kali terakhir di WhatsApp haritu ada pesanlah harta-harta dan barang yang dia ada tu dipindahkan atas nama saya. Tapi masa tu saya tolak lagilah sebab saya fikir lebih baik dijual untuk perbelanjaan dia,”
Tapi tak sangka pula itu adalah permintaan terakhir dia,” ujarnya.
Anak pemandu bas kali terakhir jumpa pada Oktober lalu kerana tinggal berjauhan
Norzuhairi menyatakan bahawa hubungan mereka rapat walaupun tinggal berjauhan dan kerap berhubung menerusi WhatsApp bagi bertanya khabar.
Dia juga menyifatkan allahyarham Noorisnien sebagai seorang bapa yang pendiam dan tegas namun kadang kala kelakar juga.
“Kami tinggal berjauhan, tetapi kami rapat dan kerap berhubung. Kali terakhir WhatsApp dengan abah pada Rabu lalu, manakala kali terakhir kami bertemu di kenduri sepupu, Oktober lalu,” katanya.
Artikel lain: “Arwah anak yang baik” -Bapa mangsa nahas di Melaka janji akan jaga cucu
Anak telefon 3 Hospital Melaka cari bapa di wad kecemasan
Dalam pada itu, adiknya, Siti Norizyan, 30, menyatakan yang dia menelefon tiga hospital di sekitar Melaka untuk mendapatkan kepastian mengenai kemalangan berlaku dan memeriksa sekiranya nama bapanya ada di mana-mana unit kecemasan.
“Tetapi nama abah tiada di mana-mana bahagian kecemasan. Ketika itu saya yakin arwah abah sudah meninggal dunia,” katanya.
Manakala Norzuhairi memaklumkan tahu tentang kemalangan yang melibatkan bapanya daripada seorang kenalan sekitar jam 9.50 malam.
Difahamkan, jenazah pemandu bas, Noorisnien, 56, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, di sini pada 5.30 petang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Al-Falah selepas Asar.
Kira-kira 100 ahli keluarga termasuk empat anak arwah, cucu, kenalan dan jemaah masjid hadir memberi penghormatan terakhir.
Terdahulu, bas persiaran yang dipandu Noorisnien telah terlibat dengan kemalangan maut bersama beberapa lagi kenderaan seperti lori foton, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan Perodua Bezza.
Disebabkan kemalangan tersebut juga, 5 sekeluarga yang menaiki MPV meninggal dunia dan dua lagi anak mangsa mengalami kedeceraan dan dirawat di Hospital Melaka.
Sumber: Malaysia Gazette
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source