Dua beranak meninggal kemalangan, suami dedah isteri sempat mohon maaf sebelum hembuskan nafas terakhir
Suami dedah isteri sempat mohon maaf berulang kali kepadanya sebelum kenderaan dinaiki bersama dua anak mereka hilang kawalan dan terbalik di Kilometer 212.3, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), berhampiran susur keluar Sitiawan Utara, awal pagi Khamis.
Mohammad Syuqur Ahmad, 24, memberitahu isterinya, Nor Fadhilah Mohd Azlan sempat memohon maaf sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas kemalangan.
“Semasa kereta terbalik, keadaan isteri parah. Dia minta maaf kepada saya, saya beritahu tak mengapa, perkara yang lepas jangan difikirkan lagi dan cuba tenangkan dia.
“Saya ajar isteri mengucap dua kalimah syahadah, tidak lama kemudian, isteri tiba-tiba senyap dan disahkan meninggal dunia,” katanya Mohammad Syuqur.
Artikel lain: Nahas di Melaka: Anak-anak belum tahu ibu bapa sudah meninggal dunia
Isteri sempat mohon maaf
Tragedi tersebut turut meragut nyawa anak bongsu mereka, Muhammad Iman Irfan, manakala anak sulung, Muhammad Alif Sufi yang berumur tiga tahun, cedera.
Menurut laporan Harian Metro, kemalangan berlaku ketika keluarga tersebut dalam perjalanan dari rumah mereka di Gelung Pepuyu, Bota ke tempat kerja di Kampung Acheh, Sitiawan.
Maklum Mohammad Syuqur, kereta yang dipandunya terbabas apabila cuba mengelak haiwan yang melintas.
“Dalam masa sama, isteri ada beritahu kalau dia ‘pergi’, biarlah dia pergi bersama Iman (Muhammad Iman Irfan, 15 bulan). Saya hairan dan bertanya kenapa cakap begitu?
“Isteri hanya menjawab ‘mungkin hendak jadi kot’. Saya terdiam dan sambil memandu itu, saya terlihat seperti ada haiwan di tengah jalan dan saya cuba mengelak dan selepas itu saya tidak ingat apa-apa,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, mereka sekeluarga baru sahaja pulang dari menziarah keluarga isterinya di Felda Lui Selatan, Negeri Sembilan, sehari sebelum kejadian.
Lebih menyayat hati, sebelum kejadian Nor Fadhilah meminta suaminya menyampaikan salam dan permohonan maaf kepada kedua-dua ibu mereka.
“Isteri sebelum itu memang bersungguh-sungguh mahu balik ke kampung jumpa ibunya dan saya tunaikan hasratnya dengan menggunakan cuti Hari Krismas untuk balik kampung.
“Walaupun sekejap saja mereka bertemu, nampak jelas di wajahnya dia sangat ceria sebelum kami bergerak pulang pada sebelah petang,”ujar Mohammad Syuqur.
Sementara itu, Muhammad Alif Sufi yang cedera dilaporkan masih trauma dan telah dimaklumkan mengenai pemergian ibu dan adiknya.
“Saya hairan juga dan ada bertanya kenapa cakap begitu, namun dia hanya balas ‘tak tahu lah, memang nak jadi kot’,” katanya yang reda dengan pemergian dua insan kesayangan.
Tambahnya, jenazah isteri dan anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Selatan, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan selepas selesai bedah siasat.
Sumber: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source