Jejak tapak kasut, anak temui bapa dalam keadaan tertiarap, dah tak bernyawa
Seorang anak temui bapa dalam keadaan sudah tidak bernyawa di belukar berhampiran sungai di Durian Mentangau, Dungun, di sini, hari ini.
Memetik laporan Buletin TV3, Mohd Firdaus Daniel Zulkifli, 18, menemui mayat bapanya dalam keadaan tertiarap dan sudah tidak bernyawa kira-kira jam 12 tengah hari.
Mohd Firdaus berkata, bapanya yang bekerja sebagai pengutip besi buruk tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Balai Besar, sejak petang semalam.
Ujarnya, bapanya yang keluar seawal jam 6 pagi akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari sebelum sambung semula bekerja.
“Namun, tengah hari semalam ayah tak balik hinggalah lewat malam tadi.
“Saya cuba menghubungi telefon bimbit ayah, namun tidak dijawab. Saya cuba cari ayah di tempat kerjanya, namun dia tiada. Kemudian, saya dihubungi rakan ayah yang menemukan keretanya di Durian Mentangau sebelum ke lokasi tersebut,” katanya hari ini.
Artikel lain: Dua beranak meninggal kemalangan, suami dedah isteri sempat mohon maaf sebelum hembuskan nafas terakhir
Anak temui bapa dah tak bernyawa
Anak bongsu daripada enam adik beradik itu berkata, dia bersama dua lagi rakannya kemudian mengikut kesan tapak kasut yang dipercayai milik bapanya berhampiran kereta bapanya ditemukan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki itu.
Beliau berkata, polis yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian dan siasatan mendapati kematian mangsa tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Sumber: Buletin TV3, Utusan Online (Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source