Kena Tendangan Kung Fu Pengurus RIIZE, Peminat ‘Sasaeng’ Taubat Tak Nak Jumpa Wonbin Lagi
Dalam dunia ini ada dua jenis golongan yang saling memerlukan – usahawan dan pembeli. Kalau tiada usahawan atau bahasa glamornya businessman, tiadalah pembeli kerana tak ada barang yang boleh ditawarkan.
Serupa juga jika tiada golongan pembeli, pasti bisnes korang melingkup. Kedua-dua pihak ada kepentingan masing-masing.
Jadi apabila dunia semakin menerima platform online sebagai medan berbisnes yang sepatutunya memudahkan urusan jual-beli, ada pula masalah yang timbul.
Antaranya adalah ribuan testimoni palsu dan informasi mengelirukan di media sosial. Paling popular sekarang tentulah ubat peninggi, kulit wajah boleh putih dalam masa seminggu, ubat kuat dan sebagainya.
Kreatif eh mereka ini mencanang testimony di sana-sini.
Sampai bila perkara ini akan berlarutan? Dan apa tindakan korang sebagai pengguna yang mungkin pernah tertipu dengan dakyah usahawan online. REMAJA bersama pengarah eksekutif Communications Multimedia and Content Forum of Malaysia (CMCF), Encik Mohd Mustaffa Fazil Mohd Abdan untuk mendapatkan penjelasan beliau.
Apa yang dimaksudkan dengan tanggungjawab ketika berniaga secara online?
Dunia online memudahkan sesiapa saja untuk berkongsi perniagaan di akaun media sosial, blog, YouTube dan sebagainya.
Namun, sebarang posting perniagaan masih memerlukan 4 prinsip ini yang selalu diguna pakai dalam perniagaan mainstream: kebenaran, kejujuran, ketepatan dan kebolehpercayaan.
Dan kalau saya boleh tambah satu lagi prinsip: tidak mengelirukan pelanggan. Ia harus ringkas, mudah dan jelas.
Bila pelanggan keliru dan tak dapat mengesahkan kesahihan kandungan produk korang, itu menandakan posting perniagaan yang korang telah muat naik tidak sepenuhnya ‘bertanggung jawab’ kerana orang masih tertanya-tanya, betul ke sesuai? Betul ke berkesan?
Berkesan lagikah taktik meletakkan testimoni pelanggan?
Pertama, kandungan dalam online posting korang harus merujuk kepada undang-undang dan syarat-syarat yang berkaitan dengan piawaian iklan sedia ada. Sama ada undang-undang dari pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan atau standard yang diakui oleh sektor swasta.
Dalam kes paparan testimoni, korang harus mendapatkan kelulusan individu yang memberi keterangan secara rasmi (on paper). Bukan itu saja, duta produk pun perlu memberi kelulusan bertulis sebelum korang boleh menggunakan quotation mereka di dalam posting.
Jika jenama menokok tambah visual iklan menggunakan Photoshop, apakah akibatnya?
Menokok tambah visual adalah dibenarkan selagi pengguna tahu kandungan iklan itu adalah benar. Sebagai businessman, korang perlu pastikan kandungan iklan masing-masing adalah benar. Jika palsu dan mempunyai maklumat yang tidak tepat, korang boleh dikenakan hukuman jika didapati bersalah.
Tapi, bagaimana kami nak pastikan visual iklan itu okay?
Korang harus merujuk kepada Kod Kandungan (Bahagian 2) yang boleh dimuat turun di www.cmcf.my. Kemudian, pastikan visual itu menepati piawaian-piawaian yang terdapat di dalam Kod Kandungan.
Ingat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengambil tindakan sewajarnya sekiranya tuntutan kesihatan yang dibuat adalah palsu. Oleh itu, kami nasihatkan korang supaya berunding dengan KKM dan pihak berkuasa berkaitan sekiranya terdapat sebarang keraguan.
Apa tindakan ke atas perkongsian iklan palsu?
Pengusaha perniagaan online (terutamanya yang berpengkalan di Malaysia) yang melanggar Kod Kandungan dari segi kandungan pengiklanan elektronik boleh ditegur, didenda tidak melebihi RM50,000, dan/atau diperintahkan untuk menyingkir atau memberhentikan kandungan yang menyinggung.
Pihak berkuasa yang berkaitan juga boleh mengenakan jenis penalti yang lain bergantung kepada jenis pelanggaran tersebut.
Sebagai pengguna, bagaimana pula kami boleh mengenal pasti info palsu yang dibuat oleh sesuatu jenama? Contohnya seperti Skim Cepat Kaya.
Zaman sekarang, mudah je untuk sesebuah jenama twist story agar korang percaya. Pengguna yang kurang pengetahuan akan mudah terdedah kepada janji manis mereka.
CMCF cadangkan agar kamu meneliti jenama, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan sebelum membuat pembelian. Jangan cepat percaya kepada cakap seseorang, terutama jika jenama itu masih baru di pasaran.
Ini demi keselamatan dan kebaikan diri masing-masing juga. Dunia online ini besar tetapi tak semua yang menggunakannya itu bertauliah.
Jika pihak ketiga seperti followers menyiarkan kandungan tidak sensitif di page mereka, adakah pemilik jenama masih perlu bertanggung jawab?
Ya, mereka perlu. Ia merupakan tanggungjawab pemilik jenama untuk memantau dan memastikan dengan sebaik mungkin.
Okay, bagaimana pula jika stokis dan ejen yang buat hal?
Sebagai pemilik jenama, korang terlebih dahulu perlu memastikan kesahihan sumber maklumat untuk kebaikan para pengguna. Contohnya seperti kongsikan senarai nama ejen dan stokis rasmi untuk memperolehi kepercayaan pengguna.
Jika ada ejen dan stokis yang buat hal dengan mengeluarkan iklan atau statement palsu, korang perlu memaklumkan perkara sebenar kepada pengguna melalui page korang. Kemudia, pastikan ejen dan stokis delete posting tersebut secepat mungkin.
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pengguna sekiranya mereka berhadapan dengan maklumat palsu atau mengelirukan?
Korang boleh mengemukakan aduan mereka CMCF atau kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Semua aduan boleh dikemukakan melalui borang online di www.cmcf.my, atau melalui aplikasi Star Phone yang digunapakai oleh CMCF.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source