“Tiada Niat Malukan Peserta, Tugas Kami Menilai Persembahan Mingguan..” -Datuk Syafinaz Selamat
TEMPOH dua tahun seakan menyendirikan kelibatnya daripada dunia hiburan melainkan kemunculan di beberapa showcase serta persembahan jemputan, penyanyi Ismail Izzani berkata dia mempunyai sebab kukuh untuk berbuat sedemikian.
Ismail, 24 menerangkan kepada REMAJA ketika ditemui baru-baru ini bahawa dia memerlukan tempoh rehat seketika bagi menyelesaikan beberapa kemelut yang menduga perjalanan muzik serta kehidupan peribadinya.
Setelah bergiat secara aktif sebagai penyanyi sejak tahun 2016, Ismail merasakan keputusan berdiam diri adalah perlu demi menyusun semula perihal kerjaya serta peribadinya agar segalanya lebih jelas serta produktif.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa yang mengatakan zaman populariti saya sudah berakhir atau yang merasakan saya sudah tenggelam.
“Dari satu sudut, ada benarnya saya lebih selesa dengan cara sekarang. Tidak terlalu exposed, nak kata terlalu diam tidak juga.
“Saya jauhkan diri daripada spotlight pada tahun pertama untuk menyelesaikan beberapa isu dengan label lama saya termasuklah soal kontrak. It was not easy tetapi Alhamdulillah, kami temui titik noktah dengan cara yang baik.
“Saya pun tidak mahu bermusuhan kerana industri kita kecil sahaja. Saya ucapkan terima kasih kepada label lama saya di atas semua kerjasama yang kita jalinkan tetapi sudah tiba masa saya membawa haluan baharu.
“Memasuki tahun kedua berdiam diri, saya sibuk menguruskan kehidupan peribadi pula. Pada masa yang sama, saya lakukan career homework. Saya banyak belajar daripada penggiat muzik underground terutamanya daripada kumpulan rap 53 (disebut Five Three) Universe. Cara mereka berkarya banyak membuka mata saya terhadap betapa luasnya stail muzik yang ada di luar sana,” ujarnya.
Dalam masa yang saya, Ismail bersyukur apabila peluang untuk ‘berdiam diri’ sepanjang dua tahun lepas telah membantunya mengawal tahap kesihatan mental terutamanya apabila terpalit dengan beberapa isu melibatkannya yang hebat diperkatakan oleh media serta pengguna media sosial.
TERUJA TAPI CEMAS
Terbaru, Ismail berkongsi dirinya kini berada di bawah naungan syarikat label Def Jam Malaysia yang turut mewakili nama-nama besar seperti Joe Flizzow, Sonaone, Yonnyboii, Luca Sickta, Sophia Liana, Kmy Kmo dan ramai lagi.
Justeru sebagai buah tangan sulungnya bersama Def Jam Malaysia, Ismail bakal muncul dengan single terbaru berjudul Iman yang sedang menanti hari untuk diluncurkan.
“Bersama famili Def Jam Malaysia, saya banyak belajar ilmu muzik dan industri baharu. Kami baru mendapat tune baharu untuk jenis muzik yang saya akan bawakan selepas inidan insyaAllah, single pertama saya pada bulan September ini akan menemui korang di semua platform.
“It’s going to be a new vibe. Saya memang merasa cemas terhadap penerimaan orang ramai. Muzik kali ini amat berbeza, bahkan jika diamati di Malaysia juga tidak ramai penyanyi atau band yang membawakan tune sebegini.
“Slowly we build up starting this September dan kami merancang agar album akan datang (yang turut memuatkan Iman) akan menjadi chapter baharu untuk seorang penggiat seni bernama Ismail Izzani,” kata anak teruna penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam ini.
Tambah Ismail lagi, dia gembira apabila dapat terus melakukan eksplorasi muzik dan keluar daripada zon selamat untuk menghiburkan semua pendengar sebagai seorang penyanyi dan penulis lirik. Bak katanya sendiri, “Itu sebenarnya tujuan saya berada dalam industri ini”.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source