Lokasi Best Sambut Tahun Baharu, Jom Layan Pertunjukan Bunga Api!
Seronok sebenarnya dapat sambut tahun baharu bersama ‘geng’ atau keluarga tersayang, ini antara acara wajib bagi sesetengah orang yang suka rakam sebagai kenangan.
Bagi anda yang merancang untuk meraikan sambutan tahun baharu 2025, ada lima lokasi menarik buat anda merasa suasana.
Lokasi Sambut Tahun Baharu
Ini sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, jika berada di negeri lain, anda kena ambil tahu sendiri. Jom meriahkan suasana!
1) Dataran Putrajaya, Presint 3
Salah satu lokasi yang menjadi pilihan ramai untuk menyambut tahun baru.
Kali ini, banyak persembahan dan pertunjukan menarik yang disediakan antaranya persembahan kawad senyap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pertunjukan kereta berhias, persembahan buskers.
2) the Curve, Mutiara Damansara
Merupakan kolaborasi antara Suria X the Curve, Countdown to 2025 mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk seisi keluarga.
Terdapat festival makanan, aktiviti kecergasan dan persembahan artis popular tempatan antaranya Dayang Nurfaizah, Ruffedge, Kristal X, Ezra Kairo, Black Hanifah, Iman Troye dan ramai lagi.
Oh ya, penyampai Suria FM seperti DJ Lin, Datuk Fizz Fairuz, Suraya, Kai dan Chiwan pun ada. Acara kemuncak, tentunya countdown sambil menyaksikan pertunjukan bunga api.
Konsert Countdown Meletop 2025 mengetengahkan persembahan artis popular seperti Aina Abdul, Shila Amzah, Dato’ Ramli Sarip, Ayda Jebat, Drama Band, Shiha Zikir, Noki, Khai Bahar, Bunga Isme dan ramai lagi!
Ini juga inisiatif bagi mengumpul dana khas untuk mangsa banjir. Masuk adalah percuma!
4) The Exchange TRX, Kuala Lumpur
Sambutan countdown tahun ini menjanjikan malam yang luar biasa dengan penampilan artis luar negara dan tempatan seperti Henry Lau (bekas ahli Super Junior-M) dan duo pop Amerika, Capital Cities, Daiyan Trisha, Joe Flizzow, SonaOne dan ramai lagi.
Tidak seperti tahun lepas, tiada tiket diperlukan untuk acara tahun ini Konsepnya, siapa cepat dia dapat!
Oh ya! Acara ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, dan remaja di bawah umur 16 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa.
Acara yang berlangsung di Aras 3, Raintree Plaza, TRX akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
5) Menara Kuala Lumpur
Bagi anda yang mungkin ingin mencipta sedikit kelainan pada sambutan tahun baharu kali ini, apa kata raikannya di mercu ikonik, Menara Kuala Lumpur.
Acara ‘Quarter Century Celebration‘ ini bukan sekadar menyajikan pertunjukan bunga api pertama sejak 1996, tetapi juga menampilkan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung.
Antaranya pertunjukan bunga api di dua lokasi strategik, Tower Terrace dan Aras TH07, hiburan muzik live, hidangan dan pelbagai lagi. Dengan harga tiket RM88, pastinya pengalaman eksklusif ini menjadi momen yang indah buat anda.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menghitung detik Tahun Baharu 2025 pada 31 Disember nanti bersama insan tersayang di lokasi pilihan ini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source