Adakah 25 Disember Tarikh Kelahiran Jesus?
Umum diketahui bahawa kebanyakan penganut agama Kristian merayakan sambutan Krismas pada 25 Disember, yang didakwa bahawa tarikh itu adalah kelahiran Jesus (Nabi ‘Isa). Sehinggakan perayaan Krismas di seluruh dunia ini, termasuklah Malaysia telah dijadikan sebagai cuti umum kepada seluruh masyarakat. Namun, timbul satu persoalan, adakah tarikh kelahiran Jesus ialah 25 Disember, dan dari mana asalnya kewujudan tarikh ini?
Sebelum kita menelusuri teori-teori berkenaannya, kita perlu tahu adakah disebutkan tarikh kelahiran Jesus secara jelas. Jawapannya, tidak ada satu pun kitab Gospel seperti Mark, Luke, Matthew dan John memberi tarikh eksplisit tentang kelahiran baginda. Apa yang ada terkandung di dalam Bible, terutamanya dalam Matthew dan Luke sekadar memberi penjelasan tentang kelahiran awal Jesus, iaitu di Bethlehem atau Nazareth. Bahkan, tidak ada satu penulisan pada zaman penulis-penulis awal Kristian seperti Irenaeus , Tertullian dan Origen of Alexandria . Tambahan pula, Clement of Alexandria memberi beberapa tarikh kelahiran Jesus bahawa baginda lahir antaranya pada 21 Mac,15 April, 20 April, 21 April atau 20 Mei.
Pelbagai teori telah dikemukakan tentang asal usul tarikh 25 Disember sebagai tarikh kelahiran Jesus. Namun, perlu untuk kita menekankan bahawa bukan semua penganut Kristian menyambut hari Krismas pada 25 Disember. Di kawasan Mesir dan Asia Kecil, mereka menyambut hari Krismas pada 6 Januari, selari dengan hari Jamuan Epiphany. Sebagai contoh, kebanyakan gereja di Armenia masih menyambut hari Krismas pada 6 Januari sehingga kini.
Tarikh terawal yang mencatatkan bahawa 25 Disember adalah tarikh kelahiran Jesus adalah tahun 360 M. Terdapat satu almanak Rom dari kurun ke -4 memberi tarikh 25 Disember yang tertulis bahawa, “natus Christus in Betleem Judeae” bermaksud Jesus [Christ] dilahirkan di Bethlehem, Judea. Tokoh-tokoh Kristian seperti Saint Augustine juga memberi penandaan bahawa Jesus dilahirkan pada 25 Disember.
Namun, ada juga yang berpendapat bahawa tarikh 25 Disember ini adalah tarikh ‘kematian’ Jesus (perlu diingatkan bahawa ini berdasarkan naratif Kristian). Orang-orang Kristian terdahulu cenderung menyambut tarikh kematian seseorang itu sebagai “tarikh sebenar kelahiran” mereka. Telah dicatatkan bahawa Jesus ‘wafat’ pada hari perayaan Paskah (Passover). Pendapat ini adalah bersifat minoriti dan dilihat agak janggal.
Selain itu, terdapat satu lagi teori yang bersifat kontroversial di mana tarikh kelahiran Jesus adalah adaptasi daripada perayaan paganisme orang-orang Rom. Pada waktu itu, orang-orang Rom telah menyambut jamuan dipanggil sebagai Natalis Solis Invincti (Sol Invictus), hari perayaan “kelahiran” dewa matahari yang dikenali sebagai Mithra pada solstis musim sejuk. Hari perayaan ini telah diadakan oleh Maharaja Rom bernama Aurelian pada tahun 274 M.
Teori-teori ini menimbulkan tanda tanya tentang apakah tarikh sebenar kelahiran Jesus. Bahkan, terdapat juga sebahagian ilmuwan Kristian mengatakan bahawa elemen-elemen yang terdapat dalam hari Krismas ini ‘dipinjam’ daripada orang-orang pagan. Contohnya, Bart Ehrman adalah salah satu tokoh Kristian yang kelihatan bersikap skeptik tentang catatan-catatan sejarah berkenaan Jesus di dalam Bible seperti tarikh kelahiran, tahun kelahiran dan tempat kelahiran baginda.
Apa kata Islam dalam isu ini? Menariknya, al-Qur’an telah memberi satu tanda tentang kelahiran Nabi ‘Isa di dalam Surah Maryam 19:25 bahawa, “Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.” Menurut sejarawan Islam, Dr Ali Muhammad al-Sallabi di dalam bukunya The Messiah, beliau memberi satu penerangan mudah bahawa pohon tamar yang disebut dalam ayat itu adalah satu pohon yang subur, memberi satu isyarat bahawa tarikh 25 Disember seperti diklaim orang-orang Kristian adalah mustahil kerana pada waktu musim sejuk, pohon tidak akan menjadi subur bahkan hanya subur apabila waktu musim panas. Hal ini juga disokong dengan ayat-ayat Bible seperti dalam Luke 2:8 bahawa pengembala-pengembala kambing memerhati biri-birinya pada waktu malam ketika Jesus dilahirkan.
Secara kesimpulannya, bukti tentang tarikh kelahiran Jesus atau Nabi ‘Isa bahawa baginda lahir pada 25 Disember adalah sesuatu yang masih dalam tanda tanya. Namun, terdapat juga pendapat dari mereka yang meyakinkan bahawa baginda benar lahir pada tarikh itu dan ada juga yang mengambil sifat pragmatik tentang hal ini. Apa pun, Islam menekankan agar kita sentiasa menghormati pegangan agama lain seperti dalam Surah al-Kafirun 109:6, “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
Sumber:
THE MESSIAH Isa Son of Maryam the Complete Truth (Dr Ali Muhammad al-Sallabi, 2020)
How December 25 Became Christmas (Andrew McGowan, 2024)
Was Christ born on Christmas or not? (
Michael Kerper, n.d)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source