Aisar Khaled dianggap ‘sultan’, diserbu warga Indonesia seperti presiden datang
Pempengaruh Malaysia, Aisar Khaled dianggap ‘sultan’ oleh warga Indonesia apabila diserbu oleh penduduk di sana sehingga ada di antara mereka sanggup bersesak-sesak demi bergambar.
Momen tersebut telah dikongsikan Aisar di media sosial miliknya dengan memaklumkan ketika itu dia berada di Banda Aceh dan sepertinya baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat.
Aisar Khaled dianggap ‘sultan’ oleh penduduk setempat
Dalam video yang dikongsikan di platform media sosial, dapat dilihat dengan jelas Aisar atau nama sebenarnya, Aisar Khaled Kamel dikerumuni oleh penduduk setempat, baik lelaki mahupun perempuan sehingga dia sukar bergerak.
Artikel lain: Ebit Lew puji Aisar Khaled, tak tinggal solat -“Menangis2 sembahyang tahajud”
Aisar Khaled dianggap lebih famous dari presiden?
Sambutan dari warga setempat sangat luar biasa sehingga ada diantara netizen negara ‘seberang’ menganggap kehadirannya cukup meriah seperti kedatangan presiden negara terbabit.
Mengalahkan presiden datang!
Ramai alu-alukan kedatangan Aisar
Macam vibe2 pilihan raya
Ada juga diantara mereka merasakan bahawa jika pempengaruh itu ‘bertanding’ dalam pilihan raya di lokasi tersebut, boleh sahaja dia memenanginya dengan mudah atas faktor sokongan dan sambutan baik dari warga setempat.
Ramai yang nak undi jika dia ‘bertanding’
Ni kalau ikut pilihan raya auto menang
Terdahulu, pempengaruh tersebut telah mencuri perhatian rakyat negara Indonesia sejak menyertai satu perlawanan tinju bersama selebriti di sana.
Walaupun kalah, nama Aisar menjadi sebutan selepas video dia cuba mendekati seorang pempengaruh wanita tular dan mendapat sokongan netizen di sana.
Sumber: TikTok aisarkhaled
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source