Konflik bertambah buruk, Cik Epal dakwa bekas suami halang jumpa anak-anak
Pempengaruh, Cik Epal dakwa bekas suami, Jofliam menghalang untuk berjumpa dengan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud di laman Instagram, dia berkata Jofliam tidak mengembalikan semula Han dan Yuki pada masa yang telah dijanjikan apabila tiba gilirannya untuk menjaga anak-anak.
Cik Epal dakwa bekas suami
Susulan itu, dia berkata sanggup untuk mengambil tindakan selanjutnya sekiranya bekas suaminya itu enggan untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya.
“Ada yang tanya, kenapa Han dan Yuki lama kat sana?”
“Aku telah dihalang untuk berjumpa Han dan Yuki. Giliran aku tapi 163cm tak nak bagi Han dan Yuki balik dekat aku. Aku rasa aku dah patut buat apa yang aku perlu buat kot.
“Walaupon anak-anak aku Han dan Yuki tak berapa paham sangat keadaan sekarang. One day aku harap mereka tahu yang aku sayang sangat-sangat dekat mereka dan aku seorang ibu yang sanggup pertaruhkan nyawa aku untuk mereka. Janji semua yang baik-baik dapat dekat Han dan Yuki,” katanya.
Artikel lain: Cik Epal dakwa Jofliam pukul pembantu, tak puas hati sebab pegangkan beg tangan?
Cik Epal dakwa bekas suami
Cik Epal turut menegaskan dia tidak pernah menghasut anak-anaknya perkara yang negatif terhadap mana-mana pihak. Buktinya, Han dan Yuki sentiasa gembira apabila berada dalam jagaan bekas suaminya.
“Sedikit pon aku tak pernah buruk kan sesiapa depan Han dan Yuki. Bukti nya korang boleh nampak betapa happynya Han dan Yuki bila ada di tangan orang lain,” ujarnya lagi.
Cik Epal akan hantar ibu bapa, wakil ambil anak-anak
Dalam perkongsian lain, dia menjelaskan Cik Epal akan menghantar wakil iaitu ibu bapanya untuk mengambil anak-anak di kawasan kediaman Jofliam kerana tidak sanggup untuk melihat wajah lelaki terbabit.
Dewi dan Jofliam tinggal serumah, jaga Han dan Yuki?
Apa yang lebih mengejutkan, Cik Epal mendakwa semasa anak-anaknya di bawah penjagaan bekas suami, Han dan Yuki telah diuruskan oleh Dewi malah, wanita terbabit tinggal sebumbung bersama Jofliam.
Terdahulu, perkahwinan pasangan pempengaruh tersebut telah menjadi perhatian apabila Jofliam tampil membuat kenyataan bahawa rumah tangga mereka sedang mengalami masalah.
Ada dakwaan mengatakan perkahwinan mereka bergolak disebabkan kewujudan staf wanita yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Jofliam.
Namun begitu, usahawan tersebut menafikan sekerasnya tuduhan itu dan menyatakan hubungan mereka tidak lebih dari seorang majikan dan staf sahaja.
Pasangan ini kemudian sah bercerai pada 9 Oktober lalui selepas mendirikan rumah tangga selama sedekad dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: Instagram @CikEpal06
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source