Selamat Tinggal, Stadium Shah Alam!
Sepanjang 30 tahun lepas, pasti banyak memori pahit manis yang anda terkenang apabila Stadium Shah Alam dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam.
Siap dibina pada tahun 1994 dengan kos sebanyak RM460 juta, stadium ini pernah menjadi kebanggaan rakyat Selangor yang menjadi kandang Gergasi Merah dan Malaysia secara keseluruhannya.
Ia direka oleh arkitek terkenal Malaysia, Hijjaz Kasturi dan memiliki struktur bingkai lengkungan terpanjang di dunia pada masa itu. Reka bentuknya diilhamkan daripada Stadium Hajduk Split di Croatia.
Semasa pembinaannya, Stadium Shah Alam dianggap sebagai stadium bola sepak bertaraf dunia dengan kapasiti 80,372 tempat duduk, hampir menyamai kapasiti Stadium Wembley di London.
Baru buat stadium, Bayern Munich dah datang bertandang!
Sejurus siap dibina, Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Mitsubishi diadakan semasa pembukaannya menampilkan pasukan-pasukan ternama seperti Dundee United, Bayern Munich, Leeds United, pasukan Olimpik Australia “Olyroos” dan Flamengo yang akhirnya memenangi kejohanan tersebut.
Kalau tidak, AC Milan dan Celtic pun akan main kejohanan ni tapi mereka tarik diri atas sebab-sebab tertentu.
Tak sah juga kalau kita tak bercerita pasal Piala Dunia Belia FIFA 1997 yang berlangsung di Malaysia. Ramai lagenda bola sepak seperti Pablo Aimar, Esteban Cambiasso, Juan Roman Riquelme, Thierry Henry, Nicolas Anelka dan ramai lagi yang pernah beraksi di bumi Shah Alam ni.
Sejak tahun 1994, Stadium Shah Alam menjadi rumah kepada pasukan bola sepak Selangor. Bukan sahaja Selangor, malah banyak pasukan lain yang pasti ingat keajaiban-keajaiban pasukan mereka di Stadium Shah Alam.
Selangor menang 3 Piala Malaysia dalam 3 edisi berturut-turut pada 95′, 96′ dan 97′, comeback Negeri Sembilan 2011, Misi 33 Selangor tercapai dan aksi epik Perak-Terengganu 2018 pasti menjadi igauan malam peminat bola sepak tanah air. Semuanya berlaku di Stadium Shah Alam.
Malah banyak lagi peristiwa-peristiwa pahit manis bola sepak tempatan yang boleh disenaraikan lagi berlaku di Stadium Shah Alam. Saya ingat lagi ketika muka saya masuk TV semasa perlawanan persahabatan Malaysia U23 menentang UAE U23 yang berakhir dengan pergaduhan pemain.
Tak lupa juga detik Fabregas bergaduh dengan Wan Zack Haikal ketika perlawanan Malaysia menentang Barcelona. Neymar dan Messi pun pernah jejakkan kaki ke Stadium Shah Alam tau!
Perlawanan bola sepak terakhir di sini menyaksikan Safawi Rasid dengan hatrik beliau meranapkan impian Selangor untuk mara ke pentas final Piala Malaysia 2019.
Selepas bertahun-tahun kemegahan, Stadium Shah Alam mula menunjukkan tanda-tanda kemerosotan.
Panel bumbung mula retak dan jatuh, manakala penyelenggaraan yang kurang baik membuatkan stadium ni nampak sangat usang. Banyak yang rosak dan tak dapat diselamatkan lagi.
Paling sedih apabila air banjir memenuhi stadium yang membuatkan ia menjadi seperti pusat akuatik. Walaupun beberapa usaha pengubahsuaian dijalankan, keadaan stadium ini tetap tidak memuaskan.
MFL pun umumkan stadium ini mungkin akan dilarang daripada menjadi tuan rumah perlawanan Liga Super Malaysia atas sebab keselamatan. Dengan berat hati Selangor berpindah ke Stadium MBPJ.
Pada Julai 2022, kerajaan Selangor umumkan rancangan untuk merobohkan Stadium Shah Alam dan bangunkan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) di tapak yang sama.
Projek ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM3.28 bilion dan melibatkan tiga fasa dengan siap sepenuhnya pada tahun 2029.
Fasa pertama melibatkan perobohan dan pembinaan semula stadium, dijangka siap pada Disember 2026. Fasa kedua akan melibatkan pembinaan teater tertutup, sayap belia dan sukan, serta kawasan rekreasi. Fasa terakhir akan melibatkan pembinaan terminal bersepadu dan hotel.
Stadium Shah Alam bukan sahaja sebuah bangunan, tetapi ia adalah simbol kegemilangan sukan dan budaya bagi rakyat Selangor dan Malaysia.
Walaupun ia akan dirobohkan, kenangan dan sejarah yang tercipta di dalamnya akan terus hidup dalam ingatan ramai.
Terima Kasih SSA!
Oleh: Azizul Farhan
___
Korang minat sukan? Korang penyokong tegar Liverpool? Mari sini ada barang baik punya.
Korang boleh baca macam mana Jürgen Klopp bawa Liverpool menjulang Liga Juara-juara Eropah dengan lebih terperinci di dalam LIVERPOOL MAHKOTA EROPAH:
https://shope.ee/5fPTPWY9UL
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source