Bayar zakat perniagaan, tindakan MUA Bellaz rahsiakan nilai dipuji warganet
Tindakan usahawan dan personaliti media sosial, MUA Bellaz atau nama sebenar Nur Nabilah Zulyadaini bayar zakat perniagaan dalam sebuah video dikongsikan di media sosialnya telah mencuri perhatian ramai.
Dalam hantaran itu, MUA Bellaz yang juga jurusolek terkenal memanjatkan kesyukuran kerana dapat membayar zakat perniagaan lebih daripada tahun-tahun sebelum ini.
Malah, dia juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai terutama pelanggan setia yang tidak henti memberi sokongan terhadap perniagaan diusahakan bersama suami, Anuar Ahmad.
“Alhamdulillah, zakat tahun ini. Terima kasih kepada semua yang sokong perniagaan Bellaz. Tahun ini dapat bayar lebih lagi.
“Dalam rezeki kita, terselit rezeki orang lain. Terima kasih Lembaga Zakat Negeri Kedah. Alhamdulillah,”luahnya syukur.
Artikel lain: Tiada niat bangga diri, Aliff Syukri & isteri syukur bayar zakat perniagaan RM1 juta
Bayar zakat perniagaan
Bellaz turut menyertakan beberapa foto memaparkan dia dan suami membuat pembayaran zakat perniagaan pada setiap tahun.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakan anak kelahiran Kedah itu merahsiakan nilai bayaran zakat perniagaan pada setiap gambar sehingga menuai pujian warganet.
Terdahulu, tindakan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida berserta pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menyerahkan zakat perniagaan mereka sebanyak Rm1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor mencetuskan bualan segelintir warganet.
Segelintir daripada mereka seolah-olah mempersoal tindakan usahawan berkenaan menyatakan jumlah bayaran zakat perniagaan kepada khalayak ramai, terutama dalam bentuk Cek Cura bersaiz besar.
Sumber: FB muabellaz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source