Dato’ Sani, Dari Industri Seni Kepada Jutawan Bas Ekspres
Kepada mereka yang berasal dari pantai timur dan utara tanah air, pasti akan mengenali Sani Express.
Perkhidmatan kelas pertama serta bas yang selesa menjadi sebab utama penduduk terus memilih syarikat itu untuk pulang ke kampung. Jadi, bagaimanakah syarikat ini bermula?
Sani Express Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada Sani United Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Dato’ Wan Mohammad Sani Salleh.
Dato’ Sani dilahirkan di Kuala Ibai, Terengganu dan merupakan anak keempat dari enam orang adik beradik. Beliau juga memegang Diploma Perniagaan dari Kolej Sunway.
Sebelum menjadi usahawan, Dato’ Sani memulakan kariernya sebagai model dan kemudian menjadi penyanyi kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusoff pada akhir 90-an.
Setelah beberapa lama dalam bidang seni, beliau mula memikirkan masa depan dan bercita-cita tinggi untuk mengubah haluan hidupnya daripada seorang selebriti kepada seorang usahawan.
Dari situlah Dato’ Sani mula menceburi bidang perniagaan perkhidmatan bas ekspres, lalu wujudnya Sani Express, yang telah mengangkat dirinya sebagai seorang usahawan muda di Malaysia.
Sebelum ini, beliau memulakan perniagaan dengan membuka bengkel membaiki kenderaan. Pada tahun 2003, Dato’ Sani menubuhkan Sani United Sdn Bhd (SUSB) dengan dua rakan kongsi yang menarik diri tidak lama kemudian.
Beliau mempunyai enam buah bas untuk beroperasi tetapi tidak mampu membeli bahan api untuk mulakan perjalanan. Hasrat untuk menubuhkan syarikat bas ekspres tercetus apabila beliau sering ulang-alik dari Terengganu ke Kuala Lumpur lebih 20 tahun lalu.
Pengalaman luas menaiki bas membuatkan beliau berazam memberikan perkhidmatan bas yang terbaik kepada orang ramai.
Sani Express memulakan perkhidmatannya pada tahun yang sama dengan 15 buah bas tempat duduk tunggal menuju Kuala Terengganu, Kota Bharu, dan Kuantan.
Pertumbuhan pesat di sekitar Lembah Klang telah menarik lebih ramai perantau dari pantai timur untuk bekerja di sana. Ini meningkatkan permintaan terhadap bas ekspres bagi perjalanan pulang ke kampung dan kembali ke ibu kota.
Sebagai syarikat baru, Sani Express menghadapi saingan sengit terutama melibatkan laluan ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu. Pada tahun 2008, Sani Express menukar bas satu tingkat kepada dua tingkat untuk memberikan layanan terbaik kepada pelanggan.
Pada mulanya, syarikat itu mendapatkan 15 buah bas dua tingkat bagi laluan ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, dan Kuantan.
Akibat penambahan penumpang, Sani Express berjaya mendapatkan lagi 10 buah bas dua tingkat dengan enam daripadanya untuk perjalanan ke utara seperti Butterworth, Jitra, dan Kuala Perlis.
Semua ini tidak akan terjadi jika beliau tidak mendapat pinjaman daripada Bank SME sebanyak RM2 juta pada tahun 2006 dan sehingga kini menerima RM100 juta untuk keseluruhan perniagaan.
Setiap perniagaan pasti ada risikonya, begitu juga dengan perkhidmatan bas Sani Express. SUSB tak kebal daripada krisis, apabila terdapat beberapa kemalangan maut yang melibatkan bas syarikatnya yang menyebabkan kes ini disiasat oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
Namun, itu bukanlah penghalang kepada Dato’ Sani untuk terus mengembangkan perniagaannya.
Kita sewajarnya mencontohi usaha gigih Dato’ Sani untuk terus maju dalam perniagaannya. Perjalanan untuk berjaya memanglah tidak mudah, namun juga tidak mustahil untuk dicapai.
Rezeki tak salah alamat. Hari ini, Sani Express semakin menjadi pilihan bagi warga utara dan pantai timur untuk pulang ke kampung dan sebaliknya.
Oleh: Azizul Farhan
___
Bagaimana tokoh-tokoh terkemuka di dunia capai kejayaan seperti hari ini? Korang boleh dapatkan HIDDEN GENIUS dalam Bahasa Melayu! Dapatkan segera: https://shope.ee/6ANwVfKSpc
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source